MELALUI tingkap bangunan dewan, Naifa melihat pelancaran kapal pengangkutan kelas Colossus. Peta di dalam bilik dewan menunjukkan pelancaran kapal-kapal pengangkutan yang serupa di Serata benua, membawa penduduk bumi yang berpusu-pusu meninggalkan planet yang semakin nazak dan tidak sesuai didiami.
Paparan elektronik di atas peta bumi menunjukkan jumlah penduduk yang masih tinggal di permukaan planet. Buat masa ini, 50 juta sahaja yang tinggal.