DALAM satu mesyuarat bulanan Penasihat Antidadah Kebangsaan (Pandak), Pengerusinya, Saudara Vinshan Goh, menyatakan bahawa ada beberapa perkara penting yang ingin disampaikan kepada para penasihat.
Pertama, mengenai bertambahnya penagih baru yang terdiri daripada bangsa Melayu. Kedua, mengenai nisbah umur penagih baru, terdapat peratusan orang sudah berumur terus meningkat. Ketiga, mengenai sokongan kuat dan pandangan masyarakat tentang menyekat langsung akan keterlibatan anak muda dan orang sudah berumur daripada mengambil dadah kian terserlah dalam kalangan masyarakat dan pemimpin akar umbi, terutama dalam kalangan masyarakat Melayu.