Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Rancang matlamat kewangan mapan, realistik

May 05, 2024 | 05:30 AM



Tiada apa yang lebih menyeronokkan atau melegakan apabila kita mendapat gaji. Dengan wang hasil titik peluh itu, anda mungkin mempunyai pelbagai rancangan dalam fikiran –bayar hutang, berbelanja, bersantai, menabung untuk rumah idaman atau melabur supaya boleh mencapai bebas wang dengan lebih cepat.

Namun, wang adalah sumber yang terhad. Dan walaupun kita mungkin mempunyai pelbagai matlamat kewangan, realitinya ialah kita tidak boleh mencapai kesemuanya sekali gus.

Ini bermakna kita perlu membuat pilihan dan mengutamakan matlamat yang paling penting iaitu mempunyai perancangan kewangan.

Memahami cara mengutamakan matlamat anda membolehkan anda meletakkan wang anda secara strategik dan merancang kewangan anda supaya anda boleh menikmati kehidupan yang anda inginkan.

Mulakan dengan senarai matlamat kewangan

Mulakan langkah pertama dengan menyenaraikan dan mengenal pasti matlamat kewangan anda. Bunyinya cukup mudah.

Sudah tentu, anda mungkin mempunyai idea yang samar-samar tentang perkara yang ingin anda capai, tetapi sukar untuk melaksanakannya jika ia tidak ditakrifkan secara konkrit.

Oleh itu, anda perlu mengambil sedikit masa untuk merenung dan meletakkan semua matlamat anda di atas kertas.

Memandangkan ini mungkin berbeza bagi setiap orang, adalah penting untuk membuat rancangan kewangan berasaskan matlamat peribadi dengan mempertimbangkan keperluan anda.

Ini mungkin termasuk menabung untuk perkahwinan atau ubah elok rumah anda, membayar pinjaman pelajaran, mengetepikan dana kecemasan atau menyimpan untuk perkara seperti mengerjakan ibadah haji.

Perlu khusus dan tetapkan tempoh

Sebaik sahaja anda telah menulis semua matlamat anda, jadikan matlamat tersebut khusus dan boleh diukur.

Tidak cukup dengan hanya berkata: “Saya mahu mempunyai dana kecemasan.”

Berapa banyak wang yang anda perlukan dalam dana kecemasan anda dan berapa lama masa yang anda perlukan untuk menyimpannya?

Untuk setiap matlamat anda, tetapkan tempoh dan nilai.

Sebagai contoh, anda mungkin mahu bersara dalam masa 40 tahun dengan $4 juta, atau mahu membayar hutang pinjaman pelajaran anda sebanyak $20,000 dalam satu tahun.

Anda perlu membuat anggaran jumlah yang anda perlukan untuk penuhi setiap matlamat berdasarkan maklumat yang anda miliki sekarang.

Konsensus untuk dana kecemasan, sebagai contoh, ialah tiga hingga enam bulan perbelanjaan menyara kehidupan anda.

Utamakan matlamat kewangan ikut kepentingan

Sesetengah matlamat anda adalah keperluan (contohnya, dana kecemasan atau simpanan persaraan), manakala yang lain boleh digunakan untuk majlis perkahwinan atau membeli hartanah kedua.

Jadi bagaimana anda mengenal pasti mana yang patut diberi perhatian terlebih dahulu?

Gunakan Matriks Eisenhower dalam perancangan kewangan

Matriks ini boleh memandu keputusan anda.

Matlamat penting dan mendesak adalah mengelakkan potensi kehancuran kewangan.

Ini harus menjadi keutamaan anda. Ia termasuk mempunyai dana kecemasan dan perlindungan insurans yang mencukupi, serta memastikan kad kredit anda dibayar sepenuhnya.

Sebaik sahaja anda telah mengenal pasti matlamat penting dan mendesak, anda kemudian boleh beralih kepada matlamat penting tetapi tidak mendesak.

Sebagai contoh, anda memerlukan dana persaraan untuk perbelanjaan anda semasa usia emas anda. Dan jika perlu membeli rumah untuk anda dan pasangan anda, maka masuk akal untuk mengutamakan matlamat ini juga.

Matlamat yang tidak penting tetapi mendesak boleh anda tangguhkan seketika jika anda tidak mempunyai wang sekarang. Ini mungkin perkahwinan mewah yang anda inginkan atau mengambil cuti panjang.

Semasa anda menyenaraikan matlamat anda, anda mungkin menyedari sebahagian daripadanya tidak penting dan tidak cukup mendesak untuk anda. Mungkin anda fikir anda mahu makan angin atau kereta baru, tetapi apabila difikirkan, matlamat ini tidak sesuai dengan nilai atau kehidupan anda. Jadi anda boleh fokus hanya kepada yang penting.

Tentukan jumlah disimpan, dilabur untuk setiap matlamat

Katakan anda telah tetapkan matlamat dan senaraikan ia seperti berikut :

– Bayar hutang kad kredit $5,000 dalam masa dua bulan

– Tokok $10,000 dalam dana kecemasan dalam tempoh enam bulan

– Bayar $50,000 untuk deposit rumah dalam tempoh lima tahun

Apabila ini telah ditentukan, anda juga harus merancang berapa banyak yang akan anda peruntukkan untuk setiap matlamat berdasarkan keperluan dan kepentingannya.

Anda harus sentiasa menyalurkan sebahagian besar, jika tidak semua, simpanan bulanan anda, bayaran kad kredit dan dana kecemasan sebelum beralih ke senarai anda yang lain.

Dana kecemasan anda harus berada dalam akaun cair yang memperoleh pulangan yang mengatasi inflasi.

Dengan simpanan yang ada, anda boleh memilih untuk meletakkan bahagian yang lebih besar bagai mencapai matlamat jangka pendek hingga pertengahan anda.

Untuk wang yang anda perlukan dalam masa terdekat, pertimbangkan untuk melabur dalam dana pasaran wang berisiko rendah atau portfolio yang mengekalkan kecairan tinggi tanpa sekatan seperti Portfolio Pintar Tunai Endowus.

Untuk matlamat jangka panjang seperti persaraan, berbaloi untuk meletakkan simpanan anda ke arah portfolio pelaburan dengan peruntukan kepada aset pertumbuhan supaya anda boleh meraih faedah pulangan kompaun.

Perkara yang baik ialah semakin awal anda mula melabur untuk persaraan, semakin sedikit wang yang anda perlukan untuk diketepikan bagi mengembangkan simpanan persaraan anda.

Semak matlamat dan sesuaikan apabila perlu

Anda telah mengutamakan matlamat anda dan mencipta pelan pelaburan automatik anda.

Dengan sebahagian besar perancangan kewangan anda telah dilakukan, kini anda perlu memastikan anda berada di landasan yang betul.

Semak simpanan dan pelaburan anda dari masa ke masa. Kami syorkan sekali atau dua kali setahun.

Keadaan kehidupan anda yang sentiasa berubah bermakna anda perlu menyemak semula matlamat anda dan menyesuaikan rancangan anda dengan sewajarnya – pastikan ia benar-benar penting kepada anda dengan cara yang mampan dan realistik.

Penulis ialah Ketua Pelaburan, Endowus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >