Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Masalah pendengaran tidak halang pasangan ahli bina badan menyerlah di TikTok

May 06, 2024 | 05:30 AM



SANTA TERESA (Amerika Syarikat): Sekitar 50 tahun lalu, pasangan adik-beradik yang kurus, Walter dan Arturo Perez mula mengangkat batu di sebuah bandar terpencil di Nicaragua.


Kini mereka berdua merupakan legenda setempat serta sensasi TikTok dengan julukan “adik-beradik Hercules” serta “datuk ahli bina badan”.

Menariknya kededua mereka mengalami masalah pendengaran, justeru kehidupan yang dilalui mereka sentiasa mencabar.

Walter kini berusia 61 tahun dan adiknya, Arturo, 60 tahun, telah meraih populariti menyusuli pencapaian mereka dalam sukan bina badan.

Kededuanya meraih ramai peminat dan menarik ramai anak muda untuk berlatih bersama mereka di sebuah gimnasium di Santa Teresa, sekitar 50 kilometer di selatan Managua, ibu kota Nicaragua, di Amerika.

Peminat mereka kian bertambah sejak kedua-duanya mula memuat naik video di TikTok sekitar lima bulan lalu dan kini mempunyai sekitar 175,000 pengikut.

“Mereka adalah legenda di Santa Teresa, dan saya fikir itu yang memberi dorongan kepada ramai anak muda untuk datang ke gimnasium ini, kerana pada usia senja sebegitu, kededua mereka masih kelihatan menarik,” kata salah seorang peminat mereka, Ana Saborio, 33 tahun.

“Mereka sudah sekian lama menjadi inspirasi kepada saya.

“Dahulunya saya pun kurus, tapi mereka latih saya dan beritahu saya apa yang perlu saya lakukan,” kata Porfirio Cortes, 28 tahun.

Meskipun mereka tidak lagi menyertai pertandingan sukan bina badan, pasangan adik-beradik itu menjadi popular secara dalam talian sejak anak lelaki Walter, Yahir Perez, memulakan profil mereka secara dalam talian dan memuat naik gambar mereka.

Video-video TikTok, termasuk rutin senaman yang mereka lakukan selain resepi makanan organik – yang dihasilkan bersama anggota keluarga serta sahabat handai – telah menarik sehingga 5.3 juta tanda suka atau ‘like’.

Kededua mereka berasal daripada keluarga yang kurang mendapat sajian berzat, dan selain mereka, seorang lagi adik perempuan turut mengalami masalah pendengaran.

Ibu mereka telah mengajar mereka membaca dan menulis di rumah, kerana tiada sekolah khas disediakan untuk pelajar seperti mereka pada masa itu, kata Walter.

Beliau menggunakan perkataan dan gerak isyarat khas dan mendapat bantuan Yahir untuk mengalih bahasakannya.

Semasa usia muda, pasangan adik-beradik itu menjual surat khabar di tepi jalan raya, dan sering diganggu – termasuk serangan fizikal – kerana mereka tidak mampu berbual.

Semuanya berubah apabila mereka melihat seorang jiran mengangkat berat, dan sejak itu pasangan adik-beradik tersebut juga mula meniru aksi angkat berat itu, singkap Walter.

Memandangkan mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli besi berat, mereka mengubah batu, konkrit selain barangan terbuang lain menjadi alat angkat berat.

Seorang ahli angkat berat terkenal asal Nicaragua, Hernan Flores, mendapat tahu tentang pasangan adik-beradik itu dan telah mempelawa untuk melatih mereka di gimnasium beliau di Managua.

Pada 1988, Arturo memenangi anugerah nasional pertamanya, sementara Wlater di tangga kedua.

Kali pertama mereka mengambil bahagian, usia mereka baru mencecah 20-an tahun, dan pasangan adik-beradik itu perlu belajar menyesuaikan diri dengan gerakan semasa beraksi di atas pentas memandangkan mereka tidak mampu mendengar muzik.

Hasil kerja keras, kededua mereka berjaya merangkul 16 pingat dan sekitar 20 trofi di Nicaragua serta di negara terdekat antara 1988 dengan 2010.

Anugerah itu memang tidak memberi mereka hasil yang lumayan.

Untuk bertakat di negara Latin Amerika mereka perlu menambah pendapatan menerusi gimnasium mereka selain melakukan tugas lain.

Arturo bekerja sambilan sebagai tukang gunting rambut dan Walter pula memperbaiki basikal.

Gimnasium mereka meliputi sebuah rumah lama, di mana dinding di dalamnya dihiasi gambar-gambar lama pasangan adik-beradik itu semasa bertanding.

Hebatnya Walter menggunakan kemahirannya dalam kerja mengimpal untuk menghasilkan sendiri mesin-mesin senaman.

Mereka yang ke gimnasium hanya membayar AS$2 ($2.72) seminggu, cukup untuk memastikan gimnasium tersebut dapat beroperasi.

Meskipun begitu kededua mereka terus mendapat tumpuan ramai.

Salah seorang rakan keluarga mereka, Juan Solis, 82 tahun, berkata semasa muda pasangan adik-beradik itu berada dalam keadaan yang memilukan dan beliau ketika itu bimbang sekiranya mereka dapat membesar seperti anak muda lain.

“Tapi kini, mereka berada dalam kedudukan lebih baik daripada orang lain,” katanya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >