Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DENGAN KERJASAMA PASUKAN POLIS SINGAPURA (SPF)

Fikir sekali lagi atau tanggung akibatnya

Bertindak terhadap penipuan
May 05, 2024 | 05:00 AM



Sebagai pengurus kewangan, Cik Ong Sin Hong sudah biasa menguruskan wang. Namun, wanita berusia 58 tahun itu hampir terjerat dengan penipuan. 

Beliau menerima satu panggilan daripada seorang penipu yang menyamar sebagai rakan kerjanya. Lelaki itu memerlukan wang untuk membiayai perniagaannya. 


“Ia seakan benar,” kata Cik Ong, yang menjadi curiga selepas bertanya dengan rakan sekerja yang lain.


Bagi memastikan simpanan persaraannya dilindungi daripada penipuan pada masa hadapan, beliau mengaktifkan kunci pengeluaran wang Tabung Simpanan Pekerja (CPF) pada Januari. 


“Saya khuatir penipu yang mahir dalam teknologi mungkin menggunakan perisian hasad untuk mencuri maklumat daripada telefon bijak saya ataupun mengakses simpanan CPF saya,” kata Cik Ong, sambil merujuk kepada kes-kes baru yang dipaparkan di wadah berita. 


“Usia saya membuat saya mengelak risiko, jadi ini memastikan ia lebih selamat.”


Diaktifkan melalui laman web CPF, ciri ini menghalang sepenuhnya pengeluaran dalam talian. Bagi membolehkan semula pengeluaran  dalam talian, ahli boleh meningkatkan had pengeluaran harian mereka, yang memerlukan pengesahan yang dipertingkatkan dan tempoh menunggu selama 12 jam.


Sebagai cara lain, mereka boleh mengemukakan permohonan  pengeluaran dengan pergi sendiri ke pusat perkhidmatan CPF dan wang itu akan dimasukkan ke dalam akaun bank pencarum dalam tempoh lima hari bekerja.


Kunci pengeluaran itu antara langkah keselamatan tambahan yang diperkenalkan Lembaga CPF tahun lalu untuk melindungi simpanan CPF pencarum daripada penipuan. 


Ini termasuk had pengeluaran harian CPF secara dalam talian sebanyak $2,000 bagi pencarum berumur 55 tahun dan ke atas, langkah pengesahan yang dipertingkat dan tempoh menunggu 12 jam apabila pencarum mengemas kini butiran hubungan mereka. Kemas kini kepada butiran akaun bank hanya dilaksanakan selepas bank mengesahkan bahawa akaun tersebut adalah milik pencarum.


Bagi Cik Ong, kunci pengeluaran itu mempunyai faedah tambahan – bagi membantunya mengelak daripada bertindak terburu-buru terhadap peluang pelaburan yang menarik. “Ia memberi saya masa untuk berfikir sebelum saya keluarkan wang.”  

Janjikan keuntungan


Pencarum CPF boleh mengeluarkan simpanan CPF mereka mulai usia 55 tahun. Tetapi, mereka harus berhati-hati terhadap penipuan pelaburan yang mensasarkan simpanan persaraan mereka, kata Superintenden Polis, Encik Matthew Choo, penolong pengarah Pejabat Pendidikan Awam Penipuan, Pasukan Polis Singapura. 


“Jumlah wang CPF bagi golongan usia tersebut biasanya lebih banyak,”  katanya, menambah bahawa penipuan pelaburan wujud dalam bentuk berbeza. “Cara penipuan utama ialah menjanjikan pulangan lumayan dan itulah yang membuat mangsa lebih tertarik.”


Angka terbaru polis menunjukkan lebih 4,000 kes penipuan pelaburan telah dilaporkan tahun lepas, dengan lebih $200 juta kerugian dicatatkan. Secara purata, kerugian sekitar $50,700 bagi setiap kes dicatatkan, kedua tertinggi daripada 10 penipuan teratas yang dilaporkan pada tahun lepas.


Walaupun kurang 1 peratus kes yang dilaporkan melibatkan pengeluaran CPF, “Lembaga CPF memandang serius terhadap kes ini”, kata Cik Stephanie Ng, pengarah Jabatan Pengeluaran Persaraan, Lembaga CPF.

Beliau menambah bahawa walaupun perlindungan itu menyebabkan langkah penipu tergenjot dan membantu mengurangkan kerugian “penting bagi orang ramai terus berwaspada dan mengikuti perkembangan muslihat penipuan terkini”.

“Berhati-hati apabila didekati oleh individu yang menggalakkan anda mengeluarkan simpanan CPF anda untuk pulangan pelaburan yang kelihatan menarik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >