Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

FORMULA SATU (F1)

Pemandu China kian tempa nama dalam sukan lumba kereta

Zhou Guanyu, pelumba
kelahiran China pertama dalam sukan itu
May 06, 2024 | 05:30 AM



SHANGHAI: Sedang Litar Antarabangsa Shanghai menjadi tuan rumah kepada Grand Prix China Formula Satu (F1) ke-20 pada 21 April, tumpuan diberi kepada pelumba setempat negara itu, Zhou Guanyu, 25 tahun.


Zhou merupakan pelumba kelahiran China pertama dalam sukan tersebut dan pemandu pertama negara itu yang menamatkan keseluruhan perlumbaan di litar sendiri.

“Tanpa litar Shanghai, pastinya tiada permulaan kepada impian saya,” kata Zhou.

Di situlah, pada 2005, Zhou, yang ketika itu berusia enam tahun, menyaksikan perlumbaan F1 pertamanya yang penuh mendebarkan.

Ketika itu, beliau menyaksikan bagaimana Fernando Alonso daripada pasukan Renault melepasi garisan penamat di tempat pertama.

“Saya tidak akan berdiri di litar ini 20 tahun kemudian sekiranya China tidak ditempatkan sebagai litar perlumbaan sukan permotoran,” katanya.

Pada hari itu, timbul minat mendalam dalam jiwa Zhou untuk menjadi pelumba pada satu hari nanti.

Ketika berusia lapan tahun, kemahirannya dalam sukan go-kart mendorongnya berlumba di peringkat antarabangsa.

Beliau kemudian berpeluang memperbaiki terus kemahirannya dalam sukan itu di luar negara selepas menang kejuaraan go-kart nasional pada 2010.

Beliau kemudian memenangi perlumbaan Kejuaraan Eropah FIA F3 pada 2018 di Pau, Perancis, sebelum menyertai Akademi Sukan Renault pada 2019.

Rekod yang beliau perolehi dalam F3 dan F2 Asia meletakkannya dekat kepada perlumbaan F1.

Pada 2022, Zhou menjadi pemandu lumba kereta F1 pasukan Alfa Romeo dan menjadi pelumba China pertama bersaing dalam sukan permotoran.

Dalam Grand Prix China pada 21 April, Zhou mendapat topi keledar khas direka sebagai penghargaan kepada Shanghai, memaparkan lakaran peta bandar itu serta tapak-tapak ikonik seperti Menara Oriental Pearl.

“Inilah yang ingin saya paparkan. Saya seorang pemandu asal Shanghai.

“Saya ingin perkembangan sukan permotoran China dilihat semua orang,” kata Zhou.

Sedang tempat duduk grandstand riuh dengan sorakan namanya, pemandu muda itu mencapai satu lagi sejarah – menjadi pemandu China pertama yang menamatkan perlumbaan Grand Prix dengan menduduki tempat ke-14.


“Saya sudah lama nantikan detik ini!” kata Zhou dengan sebak.

Menurut Zhou, ini merupakan kali kedua beliau menitiskan air mata dalam tempoh sedekad.

Kali pertama adalah apabila beliau mendapat panggilan untuk menyertai F1.

Bagi Zhou, perlumbaan di China itu melambangkan perjalanan beliau untuk ke destinasi yang lebih hebat.

“Saya percaya apabila saya kembali ke China lagi tahun depan (2025), tahun berikutnya dan selanjutnya, saya akan menjadi semakin hebat berbanding hari ini,” katanya.

Sebagai bintang yang kian meningkat namanya, kesan yang dirasai Zhou melangkaui litar perlumbaan.

Menyusuli penyertaannya dalam F1, Shanghai telah secara rasmi menamakannya sebagai duta pelancongan antarabangsa pada 21 April.

Shanghai kini merupakan jendela penting untuk memaparkan budaya China di peringkat sejagat, kata ketua pelancongan bandar itu, Fang Shizhong.

Satu dokumentari mengenai Zhou juga telah ditayangkan di pawagam, memaparkan evolusinya daripada seorang budak yang mengimpikan jadi pelumba dan kini bintang F1 China yang popular.

Menyusuli siaran pertama di daerah Jiading itu, Zhou telah dilantik sebagai penggalak bagi Festival Budaya Auto Antarabangsa yang meraikan gabungan budaya permotoran, warisan dan inovasi.

Populariti perlumbaan F1 yang kian meningkat telah menarik rakan komersial yang pelbagai – bukan sahaja syarikat pembikin kenderaan dan pelancongan.

Syarikat teknologi gergasi seperti Lenovo, Xiaomi dan TikTok juga seiring dengan kemunculan F1 dalam pasaran China memandangkan mereka sedar tentang potensi pemasaran China dalam sukan permotoran.

“Saya akan mempromosikan sukan permotoran dengan harapan lebih ramai orang akan mengenali tarikan perlumbaan dan membangunkan minat dalam sukan itu.

“Pada masa akan datang, saya harap dapat melihat lebih ramai pemandu China menjadi anggota masyarakat lumba kereta di peringkat sejagat,” kata Zhou. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >