Seorang wanita berusia 27 tahun akan didakwa di mahkamah pada 6 Mei atas tuduhan fitnah yang berkaitan dengan penerbitan satu laporan di dalam talian pada 2022, yang mengandungi dakwaan palsu tentang kejadian keguguran di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Menerusi satu kenyataan pada 5 Mei, polis berkata KKH telah membuat laporan polis berhubung rencana bertajuk The baby is probably dead – Woman shares a harrowing account of her miscarriage at KKH A&E (Bayi itu mungkin telah meninggal dunia – wanita kongsi pengalaman menyedihkan tentang keguguran kandungannya di A&E KKH) yang diterbitkan di laman berita alternatif, Wake Up, Singapore (WUSG), serta laman Facebook dan Instagram mereka pada 25 Mac 2022.
Laporan tersebut mendakwa bahawa tindakan salah urus perkhidmatan penjagaan kesihatan KKH telah menyebabkan seorang pesakit mengalami keguguran selepas beliau perlu menunggu selama empat jam bagi rawatan Covid-19 dan sakit perut di jabatan kemalangan dan kecemasan (A&E) hospital itu pada 28 Februari 2022.
Polis berkata pihaknya telah merujuk dengan Pejabat Peguam Negara (AGC) setelah menerima laporan polis KKH dan kemudian menyiasat perkara itu.
Menurut polis, siasatan menunjukkan bahawa wanita itu didakwa telah menghantar mesej daripada akaun Instagramnya kepada akaun Instagram WUSG dan berkongsi butiran tentang bagaimana beliau mengalami keguguran di KKH.
Siasatan lanjut mendapati bahawa dakwaan tersebut tidak benar.
Wanita itu merupakan individu kedua yang didakwa atas tuduhan fitnah dalam kes ini.
Meskipun sudah merakam empat lagu sendiri di gedung digital Spotify dengan salah sebuah lagu Kekasih Hatiku sudah distrim hampir 50,000 kali, bakat muda Singapura, Izzan Adlan, ingin tahu sejauh mana
Bayangkan suapan sandwic ‘deli’ yang menampilkan pastrami yang disalai, dilapisi dengan sos mustard, sauerkraut dan keju.
Itulah yang pengalaman yang ditawarkan di Deli by The Meatery, dengan rasa
Seorang teman sanggup menunggu Sarah Yasmine, wanita yang mendakwa dirinya ‘kekasih gelap’ penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, bersiaran secara langsung di TikTok walaupun jam sudah menunjukkan 3 pagi.
Se
OpenAI, pereka ChatGPT, berkata ia akan mengeluarkan model AI baru yang dipanggil GPT-4o yang mampu menghasilkan perbualan suara yang realistik dan mampu berinteraksi merentasi teks dan imej.
Ia
SAN FRANCISCO: Syarikat pembuat kenderaan elektrik Tesla, mahu memberhentikan lagi 601 pekerja di California, kata syarikat itu dalam satu pemberitahuan kepada pemerintah negeri.
Ini berlaku sedang
Pesakit tidak lama lagi boleh meneruskan latihan pemulihan jasmani di rumah selepas mereka keluar dari hospital menerusi pertolongan sebuah program bantuan kecerdasan buatan (AI).
Program Sistem
Senario sebegini jarang-jarang dapat dinikmati dalam sesebuah konsert.
Si datuk menggoyangkan kepalanya digamit memori silam meniti usia remaja di kampung permai sekitar 1960-an apabila Datuk Jeffrydin
Pengumuman pemerintah baru-baru ini mengenai garis panduan tiga pihak yang mengarahkan majikan melaksanakan proses formal bagi pengaturan kerja fleksibel menandakan langkah penting dalam memberi kuasa
Menonton filem bisu lakonan pelawak Hollywood, Charlie Chaplin dan Harold Lloyd, merupakan antara kegiatan masa lapang saya sewaktu meniti usia kanak-kanak sekitar 1970-an dan 1980-an.
Daya tarikan
Apakah benar produk lebih mahal menjamin mutu yang lebih baik?
“Harga mekap biasanya mengambil faktor harga pendaftaran dan pelesenan. Produk yang melalui proses ujian, pemeriksaan semuanya melibatkan

Pada 24 April, lelaki yang didakwa pentadbir laman WUSG, Ariffin Iskandar Sha Ali Akbar, 26 tahun, telah didakwa atas tuduhan memfitnah kerana terlibat dalam penerbitan berita palsu itu.
Ariffin didakwa telah menerbitkan laporan yang mengandungi dakwaan palsu itu pada Mac 2022.
Ariffin, yang menghadapi satu tuduhan memfitnah, tidak membuat pengakuan di mahkamah pada 24 April. Kesnya akan dibicarakan semula pada 24 Mei.
Pada Mac 2022, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata ia telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) untuk mengeluarkan arahan pembetulan kepada WUSG kerana menerbitkan cerita palsu itu.
Notis pembetulan telah diterbitkan pada akaun Facebook dan Instagram laman berita alternatif itu pada 27 Mac 2022.
Jika didapati bersalah kerana memfitnah, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.