Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Sertai Kem Wartawan Muda anjuran Gen G BH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sertai Kem Wartawan Muda anjuran Gen G BH

May 06, 2024 | 04:02 PM



Bayangkan pelajar menjadi seorang wartawan yang boleh menemu ramah seorang penyanyi terkenal dalam satu sidang akhbar?

Inginkah para pelajar mengetahui selok-belok menjadi pempengaruh TikTok dan melawat pejabat TikTok?

Ini dapat dilakukan jika mereka menyertai Kem Wartawan Muda anjuran akhbar pelajar Gen G, Berita Harian (BH), pada 3 hingga 4 Jun ini.


Kem itu dibuka hanya kepada pelajar sekolah menengah. Mereka harus membentuk pasukan dianggotai empat pelajar. Sebuah sekolah hanya dibenarkan menghantar maksimum dua pasukan.

“Kem ini merupakan acara tahunan yang diadakan khusus untuk para pelajar sekolah menengah untuk menyelami dunia kewartawanan.

“Mereka akan belajar selok-belok menjadi wartawan seperti menulis laporan, membuat video dan teknik menemu ramah.

“Tahun ini (2024), kami telah menyusun atur cara yang menarik bagi para pelajar termasuk lawatan ke pejabat TikTok dan menemu ramah penyanyi tempatan yang kian meningkat namanya, Shazza,” kata Editor Audiens & Perkembangan, Cik Norhaiza Hashim.

Dengan tema Rentak Sepanjang Zaman, kem ini bertujuan menyelami trend rentak muzik sepanjang zaman sejajar dengan minat para pelajar hari ini.


“Setelah Gen G menganjurkan pertandingan video TikTok P. Ramlee yang mendedahkan para pelajar dengan filem-filem dan muzik lama awal tahun ini (2024), kami berharap kem ini dapat mendedahkan mereka kepada selok-belok industri media semasa, terutama dalam arena muzik,’‘ kata Editor Gen G, Encik Izwandi Azman.


Dalam satu ‘sidang akhbar’, pelajar akan dapat menemu ramah Shazza atau nama sebenarnya, Shareefa Aminah Abdul Shariff, 22 tahun, yang mencatat kecemerlangan di peringkat antarabangsa apabila beliau dipilih wadah penstriman Spotify untuk terlibat dalam kempen kesaksamaan jantina dan pemerkasaan wanita dalam industri muzik, Equal, sempena Hari Wanita Antarabangsa.


Wajahnya kemudian menghiasi papan iklan di Times Square, New York City, bersama artis lain iaitu penyanyi rap Canada, Michie Mee, dan penyanyi serta penggubah lagu Poland, Nita, pada Ogos 2023.

Di pejabat TikTok, para pelajar akan juga menemu ramah pempengaruh TikTok yang menggunakan TikTok sebagai wadah bagi memasarkan kandungannya.

Setiap pasukan dikehendaki menghasilkan laporan-laporan dan bersaing dengan sekolah-sekolah lain. Banyak hadiah menarik disediakan.

Acara akan bermula pada 3 Jun dari 9 pagi hingga 6 petang dan 4 Jun dari 9 pagi hingga 2.30 petang. Ia akan diadakan di SPH News Centre, 1000 Toa Payoh North.

Guru dikehendaki mengisi borang ini (https://bit.ly/3JQgV4E) untuk pelajar.

Guru yang mengisi borang akan menjadi titik perhubungan bagi pihak Berita Harian/ Gen G untuk menghubungi mereka bagi maklumat lanjut. Guru tidak perlu menghadiri kem ini bersama para pelajar.


Bayaran $40 akan dikenakan bagi setiap pelajar. Pihak sekolah digalak menghantar permohonan selewat-lewatnya pada 10 Mei.

Bagi pertanyaan lanjut, sila e-mel ke Izwandi Azman (izwandi@sph.com.sg) atau Muhaimin Suzaini (msuzaini@sph.com.sg@sph.com.sg).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >