Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Majlis jamuan tengah hari PM Lee, Sultan Ibrahim di Istana

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Majlis jamuan tengah hari PM Lee, Sultan Ibrahim di Istana

May 06, 2024 | 04:39 PM



Perdana Menteri Singapura, Encik Lee Hsien Loong, bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, di Istana pada 6 Mei. 

Kedua-dua pemimpin itu juga makan bersama di Istana dalam satu majlis jamuan tengah hari yang dihos Encik Lee.

Pertemuan antara dua pemimpin itu adalah sebahagian daripada lawatan negara dua hari Sultan Ibrahim ke Singapura dari 6 Mei hingga 7 Mei. 

Lawatan itu atas undangan Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Pada awal pagi 6 Mei, Sultan Ibrahim turut menerima sambutan istiadat di Istana. Sultan Ibrahim dan isteri, Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah, tiba pada 10.45 pagi dan disambut oleh Tuan Presiden dan isteri, Cik Jane Ittogi Shanmugaratnam.

Sultan Ibrahim diiringi oleh Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Encik Azfar Mohamad Mustafar; dan pegawai kanan lain.

Selepas majlis sambutan itu, Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan menteri-menteri Kabinet, termasuk Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; dan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Ia merupakan lawatan luar negara pertama Sultan Ibrahim ke sini sejak pemasyhurannya pada 31 Januari.

Ini juga merupakan antara lawatan utama terakhir ke negara ini sebelum peralihan pucuk pimpinan Singapura, dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bakal menggantikan Encik Lee pada 15 Mei.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, dijangka bertemu Sultan Ibrahim pada 7 Mei dan bersarapan bersamanya. Sultan Ibrahim kemudian akan dihos Speaker Parlimen, Encik Seah Kian Peng, dalam lawatan ke Bangunan Parlimen, dengan Sultan Ibrahim akan memerhatikan prosiding parlimen.

Pada 7 Mei, Sultan Ibrahim juga dijadualkan melawat Laluan Thomson-East Coast dan meninjau kemajuan Laluan Sistem Transit Laju (RTS) Johor Bahru-Singapura di perhentian Woodlands North.

Lawatan negara Sultan Ibrahim itu menjelang ulang tahun ke-100 Tambak – yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924 – antara Johor Bahru dengan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >