Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Teliti cara teruskan aturan kerja fleksibel lepas langkah selamat Covid-19 dilonggar

Mar 08, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) akan bekerjasama dengan rakan kongsi tiga pihak untuk melihat cara mengekalkan aturan kerja fleksibel secara berterusan, meskipun langkah pengurusan selamat (SMM) dilonggarkan kelak.



Sejajar trend di negara lain, aturan kerja fleksibel akan menjadi satu norma tempat kerja masa hadapan, kata Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang di Parlimen semalam.



Namun, beliau berkata perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam perjalanan ini ialah membantu majikan mengatasi halangan dalam melaksana dan meneruskan aturan kerja fleksibel.



"Bagi sesetengah majikan, sifat operasi perniagaan menjadikan mencabar untuk mereka menawarkan aturan kerja fleksibel, dan mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk mengatasi halangan ini.



"Kebimbangan dan keraguan ini amat difahami, kerana sektor berbeza mempunyai keperluan berbeza," ujar beliau.



Jika aturan ini tidak dapat dilaksana, majikan boleh menimbangkan kaedah aturan kerja fleksibel lain, seperti penjadualan syif fleksibel, waktu kerja berperingkat dan perkongsian kerja, yang menyediakan kelonggaran alternatif kepada pekerja, menurut Cik Gan lagi.



Tahun lalu, sekitar 73 peratus syarikat di sini memanfaatkan aturan kerja fleksibel dan telah menyatakan hasrat meneruskan aturan ini pasca-Covid-19.



Cik Gan berkata perlu berhati-hati dan tidak mengambil pendekatan terlalu tegar yang berisiko mewujudkan budaya tempat kerja yang cenderung membuat tuntutan dengan lebih banyak pertikaian, atau secara tidak sengaja menjejas daya kerja mereka yang ingin dibantu.



"Membina persefahaman dan kepercayaan bersama antara majikan dan pekerja adalah lebih penting.



"Itu sebabnya daripada mengambil pendekatan perundangan bagi pelbagai amalan di tempat kerja - seperti aturan kerja fleksibel, komunikasi selepas waktu kerja, waktu rehat mandatori untuk menyusukan - kita harus memberi tumpuan dahulu pada melengkapkan majikan untuk mencari keseimbangan betul antara menyokong keperluan pekerja dan keperluan perniagaan," kata beliau.



"Pada masa sama, pekerja perlu menunjukkan bahawa amalan tempat kerja progresif membantu meningkatkan semangat kakitangan, produktiviti dan kesetiaan," tambah Cik Gan.



Bagi membantu rakyat Singapura mengimbangi komitmen kerja dan keluarga mereka dengan lebih baik, Cik Gan turut mengumumkan pemerintah akan meluaskan skop Skim Perkhidmatan Keluarga bagi merangkumi perkhidmatan penjagaan kanak-kanak dan penjagaan warga tua.



Di bawah peluasan ini, setiap keluarga akan dapat menggunakan perkhidmatan syarikat HSS untuk menjaga anak mereka di rumah atau menyediakan beberapa bantuan asas bagi ahli keluarga mereka bagi kegiatan kehidupan seharian.



"Ini memberi penjaga pilihan tambahan untuk perkhidmatan penjagaan berbayar," ujar beliau.




"Membina persefahaman dan kepercayaan bersama antara majikan dan pekerja adalah lebih penting. Itu sebabnya daripada mengambil pendekatan perundangan bagi pelbagai amalan di tempat kerja - seperti aturan kerja fleksibel, komunikasi selepas waktu kerja, waktu rehat mandatori untuk menyusukan - kita harus memberi tumpuan dahulu pada melengkapkan majikan untuk mencari keseimbangan betul antara menyokong keperluan pekerja dan keperluan perniagaan... Pada masa sama, pekerja perlu menunjukkan bahawa amalan tempat kerja progresif membantu meningkatkan semangat kakitangan, produktiviti dan kesetiaan."
- Menteri Negara (Tenaga Manusia), Cik Gan Siow Huang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >