Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Satu daripada 10 tempat kerja tawar aturan fleksibel pada 2020

Feb 19, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR satu daripada 10 tempat kerja menawarkan minggu bekerja yang lebih pendek sebagai sebahagian aturan kerja fleksibel (FWA) bagi para pekerja mereka pada 2020.



Minggu bekerja yang lebih pendek, atau 'compressed work-week', merupakan aturan di mana pekerja bekerja kurang daripada lima hari, namun jumlah jam kerja dalam seminggu tetap sama.



Menteri Negara (Tenaga Manusia merangkap Pendidikan), Cik Gan Siow Huang, mendedahkan demikian di Parlimen semalam dalam jawapannya kepada pertanyaan Encik Yip Hon Weng (Yio Chu Kang).



"Dalam aturan sedemikian, majikan tidak perlu mempertimbangkan sama ada untuk mengurangkan gaji... kerana beban kerja sebenar dan jumlah jam bekerja dalam seminggu tidak berbeza daripada seseorang yang bekerja mengikut aturan minggu kerja standard," kata Cik Gan.



Beliau juga berkata pemerintah akan terus menggalakkan rakan kerja tiga pihak untuk menyokong amalan FWA.



"Dalam mempromosikan fleksibiliti di tempat kerja, kami menggalakkan syarikat untuk melaksanakan bentuk FWA yang paling sesuai dengan perniagaan mereka dan keperluan pekerja mereka," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >