Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan kerja dibentuk, bincang usaha pulihara warisan Akademi Polis Lama

Jan 27, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH kumpulan kerja baru dibentuk untuk membincangkan usaha pemuliharaan warisan Akademi Polis Lama apabila sebuah estet perumahan awam baru dibina di kawasan Mount Pleasant telah mengadakan pertemuan mereka yang pertama semalam.



Kumpulan kerja itu diterajui bersama oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan Pasukan Polis Singapura (SPF)



Mengumumkannya di Facebook, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata kumpulan kerja itu, yang terdiri daripada anggota merangkumi fraterniti polis dan pakar warisan, telah berkongsi pandangan mereka tentang kepentingan akademi itu.



Mereka juga telah meneroka idea tentang unsur warisan yang boleh dikekalkan dalam estet perumahan awam yang akan dibina, seperti beberapa aspek kolam renang dan bangsal latihan lama, atau Old Drill Shed.



"Kumpulan kerja ini akan mencipta bersama huraian berdaya maju yang akan membolehkan kami mendokumentasikan dan meraikan sejarah kaya Akademi Polis Lama dalam reka bentuk estet baru itu," kata Dr Faishal dalam catatan Facebooknya semalam.



Pada November lalu, ia diumumkan bahawa sebuah estet perumahan baru akan dibina di tapak Akademi Polis Lama seluas 33 hektar di kawasan Mount Pleasant, untuk menyediakan 5,000 unit perumahan.



Projek Bina Ikut Tempahan (BTO) pertama di kawasan itu akan dilancarkan dalam lima tahun mendatang.



Dr Faishal berkata Akademi Polis Lama itu merupakan "tempat istimewa bukan hanya dalam kisah negara kita, malah juga bermakna kepada lelaki dan wanita yang pernah melalui pekarangannya".



Dalam usaha menilai kepentingan bangunan dan ruang di akademi itu, beliau berkata agensi pemerintah telah menjalankan pendekatan meluas bersama pihak berkepentingan relevan, dan memberi tugas bagi satu tinjauan warisan terperinci bebas dijalankan.



Hasil pendekatan dan tinjauan itu, beberapa bangunan Akademi Polis Lama itu akan dikekalkan.



"Empat bangunan Akademi Polis Lama dan sebahagian dataran perbarisan akan dikekalkan dan disesuaikan secara bermakna untuk kegunaan kontemporari baru," kata Dr Faishal.



Estet perumahan baru di kawasan Mount Pleasant itu bersempadan dengan Thomson Road dan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) dan terletak berhampiran dengan kawasan perumahan matang seperti Toa Payoh.



Estet itu juga akan menempatkan stesen MRT Mount Pleasant di Laluan Thomson-East Coast (TEL), yang dijangka dibuka apabila pembangunan perumahan awam di kawasan itu siap.




"Kumpulan kerja ini akan mencipta bersama huraian berdaya maju yang akan membolehkan kami mendokumentasikan dan meraikan sejarah kaya Akademi Polis Lama dalam reka bentuk estet baru itu."
- Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >