Hanya dengan menggunakan suara emasnya, wartawan penyiar ikonik era 1970-an hingga lewat 2000-an, Rashid Sulaiman, bagaikan membawa pendengar radio ‘terbang jauh’ ke padang bola sepak di seberang Tambak dalam liputan sukannya.
Kerap kali juga beliau memberi orang ramai yang tidak dapat hadir ke Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) bayangan tentang suasana meriah penuh patriotisme di Padang (City Hall) atau Stadium Negara menerusi laporan lintas langsungnya.