Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kadar sewa rumah mewah melonjak pada suku pertama 2024

Bertentangan trend kadar sewa merosot dalam pasaran lebih luas sejak suku akhir 2023
May 03, 2024 | 04:07 PM



Kadar sewa rumah mewah lebih besar di Singapura melonjak pada suku pertama 2024, berbeza daripada kemerosotan kadar sewa umumnya dalam pasaran hartanah lebih luas.

Ini disebabkan permintaan meningkat daripada warga asing mewah, ditambah pula dengan bekalan terhad bagi rumah mewah sedemikian, menurut beberapa ejen hartanah.

Analisis oleh agensi hartanah Huttons Asia menunjukkan permintaan bagi satu segmen pasaran khususnya, iaitu unit rumah privet tidak berhalaman yang mempunyai empat bilik tidur, meningkat 36.5 peratus pada suku pertama 2024, berbanding suku akhir 2023, lapor The Straits Times.


Permintaan sewa dalam segmen tersebut juga meningkat 19.3 peratus berbanding suku pertama 2023, menurut laporan Huttons, yang dikeluarkan pada 2 Mei.

Permintaan yang meningkat bagi unit rumah privet mewah yang mempunyai empat bilik tidur menyebabkan kadar sewa bagi hartanah sedemikian naik 6.5 peratus pada suku pertama 2024 kepada $17,467 sebulan secara purata, daripada $16,396 pada suku akhir 2023.

Agensi hartanah tersebut mempunyai satu senarai hartanah mewah yang mengesan harga sewa bagi unit perumahan di Kawasan Tengah Utama (CCR) bernilai $5 juta dan ke atas, dengan keluasan minimum 2,000 kaki persegi.

Kenaikan dalam kededuanya, bilangan urus niaga sewa dan kadar sewa unit rumah mewah lebih besar, bertentangan dengan trend ketika ini dalam pasaran lebih luas yang menunjukkan kadar sewa kian merosot sejak suku akhir 2023.

Secara keseluruhan, kadar sewa rumah privet turun 1.9 peratus pada suku pertama 2024, berdasarkan data terkini Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dikeluarkan minggu lalu. Ia melanjutkan penurunan 2.1 peratus pada suku akhir 2023.

“Permintaan lebih kukuh bagi unit empat bilik tidur (rumah privet) ini mungkin disebabkan lebih ramai warga asing mewah berpindah ke Singapura kerana ketegangan geopolitik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Huttons Asia, Encik Mark Yip.

“Ia juga besar kemungkinan disebabkan bekalan unit sedemikian yang terhad,” tambahnya.

Menurut Huttons, jumlah urus niaga sewa rumah mewah pada suku pertama 2024 mencapai 569 unit, 3.6 peratus lebih tinggi daripada suku akhir 2023.

Namun, jumlah tersebut 2.6 peratus lebih rendah daripada suku pertama 2023.

Projek perumahan privet seperti Seascape, The Orchard Residences dan The Residences at W Singapore Sentosa Cove mempunyai permintaan sewa lebih tinggi pada suku pertama 2024, kata Encik Yip.

Ketua khidmat kediaman di firma konsultasi hartanah CBRE, Cik Linda Chern, berkata projek perumahan privet seperti Boulevard 88, 15 Holland Hill dan Leedon Green juga mungkin mengalami permintaan meningkat.

“Ini adalah projek baru, dengan unit lebih besar dari segi kaki persegi,” katanya.

Pegawai Eksekutif Utama (KEO) ERA Singapura, Encik Eugene Lim, menarik perhatian bahawa pasaran sewa rumah privet menunjukkan perbezaan daripada pasaran hartanah Singapura secara umumnya.

Pada umumnya, pasaran sewa bagi kebanyakan rumah lebih terjejas oleh keadaan ekonomi tidak menentu dan beberapa projek perumahan baru yang siap dibina baru-baru ini.

“Sebaliknya, segmen (pasaran) sewa rumah mewah menunjukkan prestasi baik disebabkan kurangnya (bekalan) unit lebih besar, dan ini dijangka terus menyokong kadar sewa lebih tinggi,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >