Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CapitaLand India Trust akan peroleh bangunan IT di Hyderabad

May 03, 2024 | 02:48 PM



CapitaLand India Trust (Clint) telah menandatangani satu perjanjian pembelian hadapan untuk memperoleh beberapa bangunan teknologi maklumat (IT) di Hyderabad, India, daripada pemaju hartanah komersial Phoenix Group.

Bangunan itu mempunyai ruang seluas 2.5 juta kaki persegi yang boleh disewakan, lapor The Straits Times.


Langkah memperoleh aset tersebut dijangka meningkatkan pendapatan Clint, selain menambah pemberian dividen kepada pelabur atau pemegang unit dana amanah itu, kata pengurus pemegang amanah Clint pada 3 Mei.

Kesemua bangunan itu terletak di Hitec City, yang merupakan “hab IT dan pejabat utama di Hyderabad yang menempatkan banyak syarikat berbilang negara (MNC) besar”, menurut syarikat tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Clint, Encik Sanjeev Dasgupta, menambah bahawa syarikat tersebut “sudah lama bertapak di lokasi ini dan mempunyai portfolio sekitar 5.2 juta kaki persegi dengan kadar penghunian tinggi”.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian pembelian hadapan itu, Clint akan menyediakan deposit sekitar 2.2 bilion rupee ($36 juta) kepada syarikat Phoenix Group untuk pembayaran pinjaman sedia ada Phoenix.

Clint juga komited menyediakan pembiayaan pada masa depan untuk meningkatkan lagi bangunan IT tersebut sebelum ia diambil alih oleh Clint pada “harga yang akan ditentukan”, apabila setiap bangunan tersebut siap dibina dan mencapai kadar penyewaan hingga 90 peratus.

Beliau turut berkata Clint melihat langkah mengambil alih bangunan tersebut sebagai menarik kerana kadar pulangan pelaburan itu lebih tinggi daripada kadar permodalan pasaran.

Pemerolehan bangunan IT itu dijangka memberi dividen atau pengagihan bagi setiap unit (DPU) sebanyak 6.47 sen kepada pelabur bagi tahun kewangan 2023, meningkat daripada 6.45 sen.

Jumlah dividen itu dikira dengan andaian perjanjian tersebut selesai pada 1 Januari 2023 dan Clint memiliki kepentingan dalam Fasa 1 projek tersebut hingga 31 Disember 2023.

Keuntungan bersih daripada bangunan tersebut dianggar mencapai sekitar $4.5 juta pada asas yang stabil.

Pada masa ini, portfolio Clint di Hyderabad terdiri daripada tiga taman perniagaan, iaitu aVance Hyderabad, CyberPearl dan International Tech Park Hyderabad.

Sebelum ini, syarikat dana amanah itu memperoleh lima bangunan dengan keluasan 2.1 juta kaki persegi yang boleh disewakan daripada Phoenix, juga melalui perjanjian pembelian hadapan.

Ia merancang memperoleh dua lagi bangunan di aVance Hyderabad daripada Phoenix dalam 18 bulan akan datang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >