Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita JB terima rempah, beras dan tepung sebagai berkat walimah

Oct 05, 2023 | 04:31 PM



Nampaknya terdapat pelbagai jenis hadiah unik yang ditawarkan sebagai berkat walimah di rantau ini hingga menarik perhatian ramai warganet.

Kali ini pula tular seorang wanita dari Johor Bahru yang menerima hadiah walimah dalam bentuk rempah dan barang dapur.

Daripada rempah kunyit, kari ayam dan daging, santan kepada gula dan tepung gandum, hal ini ditunjukkan dalam satu video di TikTok yang telah mencatatkan lebih 1.2 juta tontonan pada Ahad.




@kekwaawaa

Semoga mahligai yang dibina hingga kesyurga . Mewah betul ya dia punya goodies hehe . Manthulll!

♬ Tania A Suka Lama Suka Dia Duo Manja - Duo Manja Real



Dalam video itu, wanita tersebut kelihatan membuka sebuah bekas makanan diisi sekurang-kurangnya tujuh jenis produk bahan makanan.

Pengguna bernama KakiRacun (@wawasicantikjelita) berkata:

“Pergi kenduri kahwin, tapi macam baru balik dari pergi pasar raya.”

Apabila beliau membuka bekas makanan berwarna biru muda itu, ternampak ia mengandungi satu paket serbuk kunyit, perisa Maggi Cukup Rasa, serbuk kari ayam dan daging, sebungkus santan, satu pek beras basmati, gula kasar dan tepung gandung.

Salah seorang pengguna bernama mass_ menganggarkan kos berkat itu mencecah sekitar 21 Ringgit ($6.09) setiap orang termasuk kos bekas makanan.

Oleh itu, pengguna yang memuat naik video itu turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mempelai.

“Semoga mahligai yang dibina hingga ke syurga. Mewah betul dia punya goodies. Mantul (mantap betul)!” katanya.


Dalam ruang komen, pengantin perempuan bernama Cik Nazihah turut telah membalas pos itu dengan hasrat untuk memuat naik semula video itu dalam akaunnya sendiri.

Nama mempelai lelaki ialah Encik Fadzli dan majlis mereka berlangsung pada 29 dan 30 September 2023.

Majlis pada Sabtu berlangsung di Kampung Parit Puteri Menangis Laut, Jalan Pontian.




@ziyhaa

The journey begins 💕

♬ original sound - Lmusic



Apa yang menarik bagi pos ini juga bukan setakat video dan bentuk sagu hati itu.

Malah ramai pengguna lain yang memberi komen berkongsi pelbagai jenis berkat walimah yang mereka telah menerima atau telah memberikan kepada tetamu semasa majlis mereka masing-masing dahulu.

Seorang pengguna bernama Aish.lee berkata:

Goodies kahwin saya tahun 2021 bagi beras basmati 250 gram, kek lapis, biskut cornflakes crunchy dan kek kukus buah.”


Seorang lagi pengguna bernama Mell_Arjuna pula berkata beliau memberi minyak paket pada majlisnya kepada tetamunya. Sementara itu, orang rewang menerima minyak botol 2 kilogram.

Pada hujung September 2023, terdapat sepasang pengantin dari Indonesia yang menawarkan sayur-sayuran dek pasar sebagai sagu hati acara pernikahan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >