Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel sahkan 2 tebusan warga Thai diculik Hamas maut

May 17, 2024 | 02:18 PM



BAITULMAKDIS: Tentera Israel berkata pada 16 Mei bahawa dua warga Thailand yang sebelum ini dipercayai masih hidup di Gaza, sebenarnya telah terbunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober lalu dan mayat mereka masih berada di wilayah Palestin.


“Kami memaklumkan kepada keluarga dua warga Thailand yang bekerja dalam bidang pertanian di ladang berhampiran Kibbutz Beeri bahawa mereka telah dibunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober dan mayat mereka ditahan oleh Hamas,” kata jurucakap tentera Israel, Laksamama Muda Daniel Hagari.

Tentera Israel dan Forum Tebusan dan Keluarga Hilang menamakan dua lelaki itu sebagai Encik Sonthaya Oakkharasr dan Encik Sudthisak Rinthalak.

Kini terdapat enam tebusan Thailand yang masih ditahan di Gaza, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka yang diberikan tentera Israel.


“Ketika kami meratapi pembunuhan tragis dua warga Thailand, adalah mustahak bagi masyarakat antarabangsa untuk mengakui bahawa krisis tebusan melangkaui isu Israel semata-mata,” kata Forum Tebusan dan Keluarga Hilang dalam satu kenyataan.

Terdapat sekitar 30,000 rakyat Thailand di Israel, yang kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.

Serangan Hamas pada 7 Oktober di selatan Israel mengakibatkan kematian lebih 1,200 orang manakala 240 yang lain ditahan sebagai tebusan.

Tindakan balas dan berterusan tentera Israel telah membunuh sekurang-kurangnya 35,200 rakyat Palestin, juga kebanyakannya orang awam, menurut kementerian kesihatan di Jaluran Gaza yang dikendalikan Hamas. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >