Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bantahan berhubung Gaza di universiti AS merebak ke negara lain

Protes serupa turut diadakan di kampus universiti di beberapa negara lain termasuk Perancis, Australia, Britain, India, Canada dan Lebanon
May 04, 2024 | 04:36 PM



PARIS: Protes terhadap perang Israel-Hamas di kampus universiti kian memuncak di Amerika Syarikat dan beberapa negara di serata dunia.


Sejauh ini, lebih 2,000 orang telah ditangkap di kampus Amerika sejak 18 April, lapor agensi berita.

Meskipun pertempuran dan perselisihan antara penunjuk perasaan dengan pihak berkuasa yang dilaporkan berlaku di Universiti Columbia New York, Universiti Portland State dan Universiti California, Los Angeles (UCLA) mendapat perhatian dunia, bantahan dan protes serupa turut diadakan di kampus di beberapa negara lain seperti Perancis, Australia, Britain, India, Canada dan Lebanon.

Meskipun tuntutan penunjuk perasaan berbeza-beza di setiap kampus, namun majoriti mendesak pihak universiti mengalihkan pelaburan daripada syarikat yang menyokong perang di Gaza.

Lebih 34,000 orang telah terkorban di Gaza selepas serangan dan pengeboman Israel sebagai membalas serangan Hamas pada 7 Oktober yang telah membunuh 1,200 orang dan 240 yang lain ditawan sebagai tebusan.

Pada 3 Mei, polis Paris memasuki Universiti Sciences Po di Perancis untuk membawa keluar aktivis pelajar yang menduduki bangunan di kampus tersebut semalaman untuk menunjuk perasaan terhadap tindakan Israel dalam perang di Gaza itu.

Saksi agensi berita Reuters berkata beliau melihat polis memasuki bangunan itu dan membawa keluar sekitar 70 penunjuk perasaan.


Namun tidak seperti keadaan di beberapa kampus di Amerika, bantahan di kampus Perancis rata-ratanya aman dan tiada unsur keganasan apabila pelajar dibawa keluar dari bangunan kampus.

Universiti Sciences Po itu ditutup pada 3 Mei, dengan ramai pegawai polis dilihat di sekitar bangunan utamanya.

Sciences Po merupakan antara universiti berprestij Perancis dan beberapa presiden negara itu pernah mengikuti pengajian di sana sebelum ini.

Universiti itu juga mempunyai hubungan rapat dengan Universiti Columbia, di mana berlakunya protes pro-Palestin secara skala besar baru-baru ini.

Pejabat Perdana Menteri Perancis berkata pelajar yang menunjuk perasaan telah dikeluarkan dari 23 institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

“Tidak seperti apa yang berlaku di luar negara... tiada kem protes di Perancis,” ujarnya.

Pengarah Sciences Po, Encik Jean Basseres, menolak tuntuhan penunjuk perasaan untuk menyemak hubungan universiti itu dengan universiti Israel.

Menurut jurucakap Sciences Po, beberapa kampus satelitnya di Reims, Le Havre dan Poitiers turut terjejas dek bantahan itu.

Saluran berita Perancis melaporkan bahawa Sciences Po Lyon, sebuah universiti di bandar ketiga terbesar Perancis namun tiada kaitan rasmi dengan Sciences Po di Paris, serta sekolah kewartawanan Lille turut terjejas dengan protes serupa.

Selain di Perancis, protes serupa turut berlaku di kampus universiti di Australia.

Sejak beberapa minggu lalu, khemah protes pro-Palestin telah didirikan di sekurang-kurangnya tujuh universiti di serata Australia.

Universiti Queensland (UQ) di Brisbane telah menjadi tempat berkumpul penyokong Israel dan Palestin.

Sejauh ini, kejadian keganasan seperti yang dilihat dalam tunjuk perasaan di Amerika juga tidak dilihat di Australia.

Di Britain, tunjuk perasaan pro-Palestin telah diadakan sejak awal perang Gaza, dengan ada yang mendirikan kem protes baru-baru ini.

Pelajar di bandar Leeds, Bristol dan Warwick juga telah mendirikan khemah di luar bangunan universiti mereka sebagai membantah perang di Gaza.

Sementara itu, tunjuk perasaan di Universiti Jawaharlal Nehru yang berprestij di New Delhi, India, pula berlangsung ketika duta Amerika ke India, Encik Eric Garcetti, dijangka melawat kampusnya.

Lawatan itu kini telah ditunda. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >