Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Sukan ragbi 7 wanita semakin berkembang, sengit

Tyla King, pemain New Zealand, kongsi pandangan jelang kejohanan ragbi HSBC SVNS S’pura
May 02, 2024 | 05:30 AM



Walaupun New Zealand dan Australia telah menguasai permainan ragbi tujuh sepasukan (7s) wanita selama lebih sedekad lalu, persaingannya telah berkembang di serata dunia dan semakin sengit dengan kebangkitan pasukan meningkat naik seperti Brazil, Afrika Selatan dan Canada, kata scrum-half, atau juruskrum New Zealand, Tyla King. 

Pemain Black Ferns Sevens itu berpendapat perkembangan ini menunjukkan petanda positif bahawa permainan ragbi 7s wanita berada dalam kedudukan “ sangat baik”.

King, 29 tahun, berkongsi pandangannya mengenai kemajuan ragbi 7s wanita bersama media menjelang kejohanan ragbi HSBC SVNS Singapura, yang berlangsung 3-5 Mei di Stadium Negara. 

“Saya boleh katakan musim ini adalah salah satu musim yang lebih sengit,” kata King.

Gelaran liga musim biasa HSBC SVNS, yang sebelum ini dikenali sebagai Siri Ragbi Tujuh Dunia, akan dinobatkan di Singapura.

Singapura adalah pusingan ketujuh dan terakhir sebelum grand final di Madrid dari 31 Mei hingga 2 Jun. Ia juga kali pertama pertandingan wanita ditampilkan dalam HSBC SVNS Singapura.

New Zealand dan Australia kini terikat dengan 106 mata di puncak tangga liga selepas enam pusingan. Namun New Zealand mendahului kedudukan dengan kelebihan perbezaan gol.

“Ia bukan hanya pasukan seperti kami, Australia, Perancis dan juga Amerika Syarikat yang sentiasa berada di bahagian atas liga, bahkan pasukan lain seperti Brazil, Afrika Selatan dan Canada sejak kebelakangan ini telah memberi saingan hebat pada negara-negara di atas, termasuk kami, dalam perlawanan.

“Ini disebabkan oleh lebih banyak pertandingan, lebih banyak pasukan didedahkan kepada tahap terbaik ragbi,” kata King, yang membuat penampilan sulungnya dalam SVNS pada usia 18 tahun pada 2012.

Di bawah format baru SVNS, lapan pasukan teratas liga SVNS akan bersaing di grand final Madrid untuk memburu gelaran juara siri.

Secara serentak, satu lagi pertandingan akan diadakan bagi merebut empat tempat untuk beraksi dalam musim SVNS 2025. Ia menampilkan empat pasukan di tangga terendah liga SVNS akan berentap dengan empat pasukan terbaik Challenger Series – liga satu divisyen di bawah SVNS.

King menyambut baik langkah itu. 

“Kita dapat melihat negara baru terdedah kepada SVNS. Jadi, semakin banyak masa permainan yang diperoleh negara seperti Brazil, kemahiran mereka juga akan berkembang secara meluas. Perkembangan permainan ragbi 7s wanita, saya fikir, berada di tempat yang sangat baik,” kata pemenang tujuh trofi kejuaraan SVNS dan sebutir pingat emas Sukan Olimpik itu. 

King menggesa lebih banyak pelaburan diperuntukkan dalam permainan 7s wanita, terdorong oleh mutu kemahiran yang baik yang dilihat dalam pemain pasukan membangun pada masa ini. 

“Tidak kira sama ada mereka dari Brazil, Afrika Selatan, China, mereka semua adalah atlet. Mereka tahu bagaimana untuk bekerja keras. Apa yang perlu adalah untuk mengajar mereka cara bermain ragbi 7s,” jelasnya.

King juga memuji negara seperti Jepun dan China – ragbi bukan sukan nombor satunya tetapi telah berjaya mengasah bakat mereka dan kini mampu mencabar pasukan yang lebih mapan.

“Apabila anda melabur dalam pemain dan permainan mereka, dan memberi mereka masa dan membawa jurulatih yang baik, anda boleh melihat pertumbuhan secara besar-besaran. Oleh itu, ia mengujakan untuk melihat ke mana hala tuju permainan ini dan sejauh mana ia telah capai dalam tempoh 13 tahun,” ujar King.

Dalam 10 musim SVNS yang bermula sejak 2012, New Zealand memenangi tujuh trofi kejuaraan, manakala Australia gondol tiga gelaran juara.

King sasar merangkul kemenangan kelapan New Zealand di Singapura.

“Kami akan melaksanakan perkara yang hampir sama sepanjang musim –  hanya menumpukan pada perkara yang mudah dan asas, dan mudah-mudahan kami berjaya memperoleh kemenangan itu,” kongsi King, yang mencipta sejarah pada 2024 sebagai penjaring terbanyak sepanjang masa siri kejohanan itu dengan 1,413 mata.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >