Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pertarungan Mike Tyson lawan Jake Paul masuk kategori profesional

Apr 30, 2024 | 02:15 PM



NEW YORK: Pertarungan antara legenda tinju, Mike Tyson, yang bakal berdepan dengan pempengaruh YouTube yang kini menjadi petinju, Jake Paul, pada 20 Julai di Arlington, Texas, akan dikategori sebagai satu perlawanan profesional.


Menurut syarikat yang mempromosikan pertarungan itu pada 29 April, perlawanan tersebut akan memasuki rekod kededua petinju itu.

Perlawanan antara Tyson dengan Paul, yang akan disiarkan secara langsung menerusi laman penstriman Netflix, akan diadakan dalam lapan pusingan, dengan setiap pusingan berlangsung selama dua minit.

Kededua mereka akan memakai sarung tangan tinju lebih berat yang lebih selamat bagi petinju dalam perlawanan di Stadium AT&T yang boleh mengisi 80,000 penonton.


Stadium tersebut turut menjadi tuan rumah bagi acara kelab ragbi Amerika, Dallas Cowboys NFL, lapor The Straits Times (ST) yang memetik laporan Reuters.


Tyson yang digelar ‘Iron Mike’ ialah antara petinju paling digeruni dalam sejarah sukan itu.

Beliau akan mencecah usia 58 tahun apabila memasuki gelanggang tinju itu buat kali pertama sejak perlawanan pertunjukan pada November 2020 menentang Roy Jones Jr, yang berakhir dengan keputusan seri.

Ramai menjangka pertarungan antara Tyson dengan Paul yang berusia 27 tahun, akan sekadar menjadi satu perlawanan pertunjukan sahaja disebabkan usia Tyson.

Namun Jabatan Pelesenan dan Peraturan Texas (TDLR) membenarkan pertarungan itu dikategori sebagai satu perlawanan profesional.

Tyson mempunyai rekod 50 kemenangan tinju, termasuk 44 kali mengalahkan pihak lawan secara knockout, dan enam kekalahan.


Paul pula mencatat rekod sembilan kemenangan, termasuk enam menerusi knockout, dan satu kekalahan.


Pertarungan pertunjukan biasanya tidak mempunyai pengadil, dan hanya boleh dimenangi secara knockout. Ini bermakna perlawanan tersebut besar kemungkinan berakhir dengan keputusan seri.


Jurang usia antara Paul, yang 31 tahun lebih muda dari Tyson, adalah yang terbesar dalam sejarah tinju profesional, menurut ESPN.


“Mike Tyson dan Jake Paul bersetuju menentang satu sama lain dan ingin pertarungan ini dikategori sebagai perlawanan profesional yang memberi hasil yang jelas,” kata Nakisa Bidarian, yang bersama-sama Paul merupakan pengasas syarikat Most Valuable Promotions (MVP).

“Sejak enam minggu lalu, MVP telah bekerjasama dengan rakan kongsinya untuk memenuhi keperluan TDLR bagi membolehkan Paul berdepan dengan Tyson (secara profesional). Kami gembira kerana berjaya sampai ke tahap ini,” ujar beliau.

Kali terakhir Tyson bertinju secara profesional adalah pada 2005, apabila beliau tewas kepada petinju Ireland, Kevin McBride.

Sejak itu, Tyson membangunkan reputasinya sebagai seorang usahawan dan penyampai podcast. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >