Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pengadil punca Barca tersungkur: Xavi

Apr 17, 2024 | 01:56 PM



BARCELONA: Pasukan Barcelona pada mulanya mendahului agregat dua gol dan kelihatan mengawal perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara di Sepanyol ketika menentang Paris St-Germain (PSG) di stadium Estadi Olimpic Lluis Companys pada 17 April.


Namun, kawalan perlawanan itu bertukar menjadi huru-hara apabila pemain pertahanan Ronald Araujo dilayangkan kad merah pada minit ke-29 selepas beliau menjatuhkan pemain sayap PSG, Bradley Barcola, di luar kotak penalti Barcelona.

Kad merah Araujo mengubah rentak perlawanan dan membolehkan PSG membina momentum dan kemudian menewaskan Barcelona 4-1.

Kelab Perancis itu menang dengan agregat 6-4 secara keseluruhan dan layak ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara.

Dua gol daripada Kylian Mbappe pada minit ke-61 dan ke-89, dan satu gol daripada pemain sayap Ousmane Dembele dan pemain tengah Vitinha masing-masing pada minit ke-40 dan ke-54 membantu PSG menyingkir Barcelona daripada pertandingan berprestij itu.

Pengadil Romania, Istan Kovacs, melayangkan tiga kad merah kepada Barcelona – Araujo, pengurus Xavi dan seorang daripada pasukan jurulatih Xavi.

Layangan kad merah kepada Xavi dan ahli jurulatihnya pada separuh masa kedua hanya menambah kepada nasib malang Barcelona apabila Araujo dibuang padang pada separuh masa pertama.

“Pengadil benar-benar teruk. Saya memberitahunya prestasinya teruk. Saya tidak suka mengulas tentang pengadil, tetapi ia (keputusan pengadil) mempunyai kesan jelas pada musim ini dan ia perlu dikatakan.

“Kami sangat kecewa dan marah kerana kad merah tersebut adalah faktor penentu dalam perlawanan itu. Dengan 11 pemain, kami berada dalam kedudukan baik, bermain dengan baik dan mengawal perlawanan.

“Sayang sekali usaha kami pada musim ini dimusnahkan apabila pemain dibuang padang.

“Saya ingin menentang pasukan Luis Enrique dengan 11 pemain sepanjang 90 minit perlawanan. Kami tahu bahawa terdapat pemain dibuang padang dalam bola sepak tetapi saya percaya yang ini (keputusan membuang Araujo dari padang) tidak diperlukan,” kata Xavi kepada saluran televisyen Movistar Plus.


Bekas penyerang Barcelona, Thierry Henry, beritahu CBS bahawa pemain tidak boleh membuat kesilapan dalam Liga Juara-Juara.


“Jika anda buat kesilapan, anda harus menghadapi kesannya dengan serta-merta dan itulah sebabnya sangat sukar memenangi pertandingan itu kerana anda tidak boleh membuat satu kesilapan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >