Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Shanmugam, Vivian tuntut ganti rugi lebih berat daripada Hsien Yang

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Shanmugam, Vivian tuntut ganti rugi lebih berat daripada Hsien Yang

May 02, 2024 | 03:41 PM



Dua menteri Kabinet, Encik K. Shanmugam dan Dr Vivian Balakrishnan, menuntut ganti rugi lebih berat daripada Encik Lee Hsien Yang kerana memfitnah mereka dalam satu pos awam di Facebook berhubung banglo di Ridout Road.

Mereka hadir di mahkamah pada 2 Mei dalam perbicaraan untuk menilai jumlah ganti rugi yang mereka layak dapat daripada Encik Lee, yang tidak hadir di mahkamah, lapor The Straits Times.


Perbicaraan itu selesai dalam sekitar 20 minit. Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan hadir untuk mengesahkan kandungan afidavit yang mereka failkan ke mahkamah.

Encik Shanmugam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, dan Dr Balakrishnan, Menteri Ehwal Luar, diwakili pasukan peguam daripada Davinder Singh Chambers.

Peguam Kanan Davinder Singh, dalam kenyataan pembukaannya, berhujah kelakuan Encik Lee memburukkan lagi kecemaran yang ditimpakan pos fitnah Encik Lee itu.

Beliau berkata Encik Lee enggan memohon maaf bagi pos fitnah itu selepas menerima tuntutan guaman supaya berbuat demikian, dan sebaliknya “meneruskan kempen awam untuk meraih simpati dan sokongan daripada rakyat Singapura” dalam tindakannya terhadap kedua-dua menteri itu.

Encik Davinder menyatakan Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan adalah “pemimpin awam dengan integriti tertinggi yang kedudukannya tidak boleh dipertikaikan”.

Beliau berhujah semakin tinggi kedudukan pihak yang menuntut, semakin berat ganti ruginya.

Menurutnya lagi, Encik Lee seorang tokoh terkenal di Singapura dengan 89,000 pengikut di Facebook.

Lebih tinggi kedudukan pemfitnah, lebih besar kesan fitnah dan paras kecemarannya, kata Encik Davinder.

Menurutnya, siaran pos Encik Lee pada 7.11 pagi 5 April 2024 menerima 2,765 reaksi, 489 komen dan 402 perkongsian.

Lebih besar tahap penerbitan dan penerbitan semula, lebih tinggi pemberian ganti rugi, kata Encik Davinder.

Beliau kemudiannya memberitahu wartawan bahawa Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut mereka.

Mereka menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskannya.

Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan memfailkan saman fitnah berasingan di Mahkamah Tinggi terhadap Encik Lee pada Ogos 2023.

Tindakan guaman itu diambil berhubung siaran awam di Facebook Encik Lee yang dibuat pada 23 Julai.

Dalam pos itu, Encik Lee mendakwa “dua menteri (itu) telah memajak rumah milik negara daripada agensi yang salah satu daripada mereka kawal, tebang pokok dan mendapatkan kerja ubah suai yang ditaja negara”.

Agensi yang dirujuknya ialah Penguasa Tanah Singapura (SLA).

Setelah dua menteri itu menghantar surat peguam kepadanya, Encik Lee berkata di Facebook pada 29 Julai bahawa beliau hanya mengemukakan kenyataan.

Encik Lee anak bongsu Perdana Menteri Pengasas, mendiang Encik Lee Kuan Yew, dan adik Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Isu penyewaan Ridout Road dibahaskan di Parlimen pada Julai, menyusuli siasatan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) dan semakan oleh Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

CPIB berkata dalam laporannya bahawa ia tidak mendapati sebarang kesalahan oleh dua menteri itu. Semakan mendapati bahawa proses betul dipatuhi.

Pada November 2023, Hakim Goh Yihan memberikan penghakiman ingkar memihak pada dua menteri itu, selepas Encik Lee gagal menjawab saman fitnah mereka terhadapnya.

Dalam keputusan bertulisnya, Hakim Goh berkata kedua-dua menteri telah memenuhi keperluan untuk penghakiman ingkar terhadap Encik Lee.

Memandangkan Encik Lee berada di luar negara, kedua-dua menteri memohon kepada mahkamah dan diberi kebenaran menyerahkan kertas mahkamah kepadanya menerusi Facebook Messenger, yang mereka lakukan pada 15 September 2023.

Walaupun tidak perlu bagi Encik Shanmugam dan Dr Balakrishnan membuktikan Encik Lee melihat dokumen itu, Hakim Goh menyatakan Encik Lee memuat naik satu catatan pada 16 September 2023 yang mengesahkan beliau telah melihat dokumen itu.

Encik Lee mempunyai 21 hari untuk menjawab dakwaan itu, tetapi tidak melakukannya.

Hakim juga memberikan injunksi yang menghalang Encik Lee daripada terus menerbitkan atau menyebarkan dakwaan palsu dan fitnah, yang menyatakan, antara lain, bahawa kedua-dua menteri telah melakukan (amalan) rasuah dan bagi keuntungan peribadi dengan meminta SLA memberi kami layanan utama. 


Hakim Goh berkata beliau telah memberikan injunksi itu kerana terdapat “sebab kukuh” untuk beliau membuat kesimpulan bahawa Encik Lee akan mengulangi kenyataan fitnahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >