Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Lelaki mengaku berpakat dengan tiga yang lain untuk suap pengarah zoo lebih $88 ribu

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lelaki mengaku berpakat dengan tiga yang lain untuk suap pengarah zoo lebih $88 ribu

May 02, 2024 | 04:07 PM



Seorang pengurus projek di sebuah syarikat binaan telah berpakat dengan tiga lelaki lain, termasuk pengarah tunggal syarikatnya, untuk ‘menyuap’ lebih $88,000 kepada pengarah pengurusan kemudahan di Taman Haiwan Singapura.

Pusat itu, yang kini dikenali sebagai Zoo Singapura, merupakan anak syarikat Wildlife Reserves Singapore (WRS), yang turut menguruskan Night Safari.

Chong Yun Chia, 40 tahun, yang bekerja untuk KK Iron Engineering (KKI) pada masa itu, adalah salah seorang daripada empat lelaki yang terlibat dalam pakatan untuk memberikan wang itu kepada Barry Chong Peng Wee, 57 tahun, sebanyak empat kali pada 2016.

Ini dilakukan untuk memajukan kepentingan perniagaan KKI dengan WRS, yang kini dikenali sebagai Kumpulan Hidupan Liar Mandai.

Pada 2 Mei lalu, Chong Yun Chia, warga Malaysia, mengaku bersalah atas lima pertuduhan rasuah dengan 19 yang lain akan dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.

Timbalan Pendakwa Raya Kelvin Chong, Shamini Joseph dan Darren Sim menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa disebabkan pakatan rasuah itu, WRS memberikan beberapa kontrak kepada KKI bernilai lebih $1 juta.

Dianggarkan bahawa WRS mengalami kerugian sekurang-kurangnya $88,350 akibat harga tinggi yang dikemukakan berhubung pertuduhan ke atas Chong.

DPP memberitahu mahkamah bahawa Chong telah bekerjasama dengan Koh Kian Hee, To Chai Kiat dan Toh Yong Soon untuk memberi rasuah kepada Barry Chong, yang sudah tidak lagi bekerja dengan WRS.

Pada masa kesalahan itu, Koh, 41 tahun, adalah pengarah dan pemegang saham di firma pembinaan Geoscapes, manakala To, 50 tahun, adalah pengarah tunggal KKI.

Toh, 39 tahun, ketika itu merupakan pengurus projek di sebuah firma bernama Shin Yong Construction (SYC). Kes melibatkan To, Toh dan Barry Chong masih belum selesai.

Menurut dokumen mahkamah, Chong turut menerima rasuah berjumlah lebih $92,000 daripada Koh beberapa kali pada 2016, sebagai ganjaran kerana menyediakan invois rekaan.

Pihak pendakwaan berkata pada 2005, Barry Chong mengadakan perjanjian rasuah dengan kakitangan utama SYC, untuk memastikan pekerjaan berkaitan WRS diberikan kepada SYC sebagai pertukaran komisen monetari.

Toh mula menguruskan operasi SYC 10 tahun kemudian dan meneruskan pengaturan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >