Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Bekas kaunselor Kedutaan S’pura di Jepun mengaku salah rakam budak lelaki di bilik persalinan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas kaunselor Kedutaan S’pura di Jepun mengaku salah rakam budak lelaki di bilik persalinan

May 02, 2024 | 05:05 PM



Seorang kaunselor di Kedutaan Singapura di Jepun telah diminta menghadirkan diri di mahkamah Jepun selepas dia mengaku merakam seorang budak lelaki secara rahsia di sebuah tempat mandi awam di Tokyo, lapor media Jepun pada 2 Mei.

Lelaki berusia 55 tahun itu, yang tidak dinamakan, telah meninggalkan perkhidmatan luar negara. Kaunselor ialah pangkat diplomatik untuk pegawai perkhidmatan luar negara yang berpengalaman.

Dia ditangkap menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam seorang remaja lelaki yang tidak berpakaian di bilik persalinan lelaki di sebuah tempat mandi awam pada 27 Februari, lapor akhbar Asahi Shimbun.


Insiden itu dilaporkan kepada polis oleh seorang pekerja rumah mandian di Minato, Tokyo, kawasan yang menempatkan Kedutaan Singapura.

Pada 2 Mei, pihak kedutaan memberitahu Asahi Shimbun bahawa kaunselor itu telah pulang ke Singapura pada 12 April dan telah menyelesaikan tugasnya. Ia juga menambah bahawa ia tidak sedar akan kejadian tersebut.


Pihak kedutaan tidak memberikan respons kepada The Straits Times apabila dihubungi.


Penyiasat menemui rakaman budak itu dalam keadaan bogel dalam telefon bimbit lelaki tersebut, serta rakaman ramai pelanggan lelaki lain yang kelihatan diambil di bilik persalinan umum tempat mandi berkenaan.

Lelaki itu mengaku bahawa dia juga telah mengambil sekurang-kurangnya 700 gambar secara rahsia di tempat mandi awam lain dalam tempoh enam bulan.

Pada 27 Februari, lelaki itu memperkenalkan dirinya kepada pegawai polis sebagai seorang diplomat dan enggan dibawa ke balai. Dia hanya ingin disoal siasat di rumah mandi itu, di mana dia mengakui pernah merakam secara rahsia sebanyak lima kali di sana.

Dia juga enggan menyerahkan telefon bimbitnya kepada polis, namun tetap memadamkan gambar budak lelaki yang diambilnya malam itu atas permintaan ibu bapa pelajar tersebut. Lelaki itu tidak didakwa.

Menurut penyiar kebangsaan Jepun, NHK, pelajar lelaki sekolah menengah itu berusia 13 tahun.

Media Jepun telah menghubungi kedutaan untuk mendapatkan komen.

Menurut NHK, lelaki tersebut telah diminta hadir di mahkamah Jepun oleh Balai Polis Metropolitan Tokyo. Polis sedang mempertimbangkan pertuduhan terhadapnya atas kesalahan melanggar undang-undang pornografi kanak-kanak dan akan memberikan bukti kepada pendakwa raya.

Polis membuat permintaan kepada mahkamah melalui Kementerian Luar Negeri Jepun, kerana sebagai seorang diplomat, lelaki itu mempunyai imuniti daripada ditangkap di Jepun, lapor NHK.

ST telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Singapura untuk berikan ulasan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >