Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Budak autistik lemas di Sg Skudai, JB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Budak autistik lemas di Sg Skudai, JB

May 02, 2024 | 01:32 PM



JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak autistik berusia lima tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Skudai di Johor Bahru, ketika bermain berhampiran rumahnya di Kampung Sepakat Baru, Skudai, pada 1 Mei.


Dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu, mangsa difahamkan sedang bermain telefon dan merakam gambar di kawasan sekitar tempat kejadian, yang terletak kira-kira beberapa meter dari rumahnya.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Saifulbahri Safar, berkata tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus selepas pihaknya menerima panggilan kejadian pada 5.59 petang..

“Pasukan Keluar Operasi tiba di tempat kejadian pada 6.13 petang dan membuat pencarian di permukaan sungai dengan jarak sejauh 800 meter dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.

“Anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) melakukan selaman menggunakan teknik swift wiping. Mayat mangsa berjaya ditemui pada kedalaman empat meter kira-kira 11.15 malam 1 Mei, 130 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya lapor Kosmo!


Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk tindakan lanjut.


Dalam satu kes berasingan di Selangor, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang pada 1 Mei.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Encik Ahmad Mukhlis Makhtar, berkata mayat mangsa ditemukan empat kilometer dari tempat kejadian.

“Berdasarkan laporan, mangsa dikatakan terjatuh ke dalam longkang dengan kedalaman hampir satu meter dan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan menemui mayat mangsa pada 6.30 petang,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >