Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Blogger Papagomo nafi tuduhan hasut benci Agong

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Blogger Papagomo nafi tuduhan hasut benci Agong

May 02, 2024 | 02:25 PM



KUALA LUMPUR: Seraong bekas Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang lebih dikenali sebagai Papagomo, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 2 Mei atas tuduhan membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim.


Wan Muhammad Azri, 41 tahun, mengaku tidak bersalah sejurus tuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut tuduhan, blogger itu didakwa membuat penerbitan menghasut menerusi aplikasi X ‘Sir Azri’ di sebuah kondominium di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada 29 April.

Pendakwaan di bawah Akta Hasutan itu membawa hukuman denda hingga RM5,000 ($1,428) atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Khairul Azreem Mamat, memohon jumlah tinggi ditetapkan jika ikat jamin diberi atas alasan kesalahan itu membabitkan Agong.

Hakim Siti Aminah membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan Papagomo dikehendaki melaporkan diri ke balai polis setiap bulan hingga kes selesai, lapor Berita Harian Malaysia.


Wan Muhammad Azri ditahan polis pada 30 April kerana disyaki mengeluarkan kenyataan mengaibkan Agong.

Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 46 saat yang memaparkan Papagomo dikatakan mempersoalkan tindakan Agong bertemu pemilik kedai serbaneka KK Mart di Istana Negara.

Hantaran video itu turut dikatakan mendakwa bahawa Agong mengarahkan seorang ahli jawatankuasa penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Encik Badrul Hisham Shaharin, atau Chegu Bard, dituduh di mahkamah di bawah Akta Hasutan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim sebelum ini, pengasas yang juga Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, memohon maaf kepada Agong serta seluruh umat Islam berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah ‘Allah’ di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >