Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Microsoft labur AS$1.5b dalam G42, firma kecerdasan buatan UAE

Apr 18, 2024 | 05:30 AM



Microsoft dilaporkan melabur AS$1.5 bilion ($2.1 bilion) dalam G42, sebuah firma kecerdasan buatan (AI) yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Langkah itu memberikan gergasi Amerika Syarikat itu kepentingan minoriti dan menduduki kerusi lembaga pengarah, membolehkan kedua-duanya mengeratkan hubungan di tengah-tengah pertempuran sejagat untuk penguasaan teknologi.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, yang dijamin pemerintah Amerika dan kerajaan UAE berhubung keselamatan, G42 akan menggunakan perkhidmatan awan Microsoft untuk menjalankan aplikasinya yang berteraskan AI.

Perkongsian itu dibuat di tengah-tengah usaha Washington menghalang kemajuan teknologi Beijing, sedang Amerika meletakkan lagi empat syarikat China di dalam senarai hitam eksport ekoran usaha mereka memperoleh cip AI untuk tentera China.

Amerika turut bimbang dengan hubungan yang semakin erat antara China dengan negara-negara Teluk, termasuk UAE.

Di tengah-tengah kebimbangan Amerika terhadap hubungannya dengan perniagaan China, G42 telah melepaskan pelaburannya di China.


Ia kemudian memulakan tugas sukar menarik keluar perkakasan China, menerima kekangan yang dikenakan ke atasnya oleh Amerika supaya bekerjasama dengan syarikat Amerika, katanya pada Februari.


Microsoft dan G42, dalam kenyataan berasingan pada 17 Februari, menyifatkan jaminan mereka kepada pemerintah Amerika dan kerajaan UAE sebagai perjanjian pertama seumpamanya demi memastikan pembangunan dan penggunaan AI yang selamat, dipercayai dan bertanggungjawab.

Saiz kepentingan yang diperoleh Microsoft tidak didedahkan.

Dana kerajaan Abu Dhabi, Mubadala, dan firma ekuiti swasta Amerika, Silver Lake, memegang kepentingan dalam G42.

Pengerusi G42 ialah Sheikh Tahnoon bin Zayed Al Nahyan. Beliau merupakan penasihat Keselamatan Negara UAE dan adik kepada presiden negara teluk itu.

Presiden Microsoft, Encik Brad Smith, yang memegang kerusi lembaga pengarah G42, berkata:

“Kami akan menggabungkan teknologi bertaraf dunia dengan piawaian terkemuka dunia untuk AI yang selamat, dipercayai dan bertanggungjawab, dalam penyelarasan rapat dengan kedua-dua UAE dan Amerika Syarikat.”

The New York Times berkata perjanjian itu meletakkan beberapa siri perlindungan pada produk AI yang dikongsi dengan G42, termasuk perjanjian melucutkan peralatan China daripada operasi firma negara teluk itu.


G42 akan berhenti menggunakan peralatan telekomunikasi Huawei, yang dikhuatiri Amerika boleh membuka pintu belakang kepada agensi perisikan China, kata akhbar itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >