Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kontroversi Aliff Aziz-Sarah Yasmine: Erma Fatima minta maaf, tidak musuhi warga S’pura; warganet S’pura mohon tidak heret isu negara

May 02, 2024 | 06:55 PM



Selepas buat sebilangan warganet Singapura termasuk penggiat seni tersinggung dan bingit, penerbit dan pengarah Malaysia, Erma Fatima memohon maaf kepada warga Singapura berkenaan kenyataannya tentang ‘kekasih gelap’ pelakon dan penyanyi Aliff Aziz, Sarah Yasmine.

Menerusi pesanan Whatsapp kepada pengacara Singapura, Roslan Shah, Erma mengulas sedikit komennya yang sesetengah orang lihat seakan-akan mempunyai unsur melaga-lagakan dua negara, Singapura dan Malaysia.

Sungguhpun begitu, Erma atau nama sebenarnya, Fatimah Rahmad Ali, 56 tahun, tetap dengan pendirian bahawa tindakan Sarah adalah salah kerana mendedahkan aib golongan artis dan menjatuhkan maruah kaum wanita.

“Saya minta maaf kalau ia menggores hati orang Singapura, tapi saya tetap dengan pendirian perbuatan perempuan itu (Sarah Yasmine) menjatuhkan maruah orang seni dan maruah perempuan,” katanya.

Roslan telah membacakan permohonan maaf Erma itu dalam video siaran langsungnya di Instagram pada 1 Mei.

Beliau juga telah berkongsi pesanan Erma kepadanya dengan Berita Harian (BH).


Menurut Erma, peguamnya tidak mengizinkannya memberi sebarang kenyataan lagi tentang perkara itu.

“Yang pasti Cik Lan (panggilan buat Roslan) boleh sahaja sampaikan yang saya tidak bermusuh dengan warga Singapura.

“Saya tak suka cara perempuan itu (Sarah) mengaitkan orang yang tak ada kena mengena dalam kes Aliff ini.

“Tak ada sebab saya nak bermusuh dengan orang Singapura. Saya bawa masuk Aaron dan Adi Putra dalam industri ini dan mereka diterima baik sebab kelakuan baik.

“Jangan kerana nila setitik, susu sebelanga dirosakkan. Saya terima kalau ada yang tidak puas hati dengan kenyataan saya,” jelas Erma.

Sebelum ini, kenyataan Erma menyuruh Sarah pulang ke Singapura selepas pelbagai kontroversi tercetus sehingga menyeret beberapa nama selebriti Malaysia meraih perhatian ramai.

Tindakan Sarah memuat naik pelbagai tangkap layar perbualan antara Aliff dengan pelakon, Ruhainies juga menimbulkan kekecohan dalam talian sehingga pelbagai pihak tampil mengeluarkan kenyataan menafikannya.

Sarah juga mengemukakan tangkap layar perbualan pelakon Sophia Albarakbah dengan Aliff sambil mendakwa Sophia masih lagi berhubungan dengan Aliff meskipun menafikannya kepada media.

Kekata ‘berambus’ dan frasa ‘hentikan kenduri selak kain’ (kepada Sarah) serta ‘berak sana berak sini’ (merujuk pada Aliff yang didakwa mempunyai hubungan dengan beberapa wanita) digunakan Erma. Ada yang seakan memberi gambaran beliau enggan individu dari Singapura merosakkan dunia hiburan Malaysia bahkan dianggap terlalu kasar dan menggores hati sebilangan warganet, baik dari Singapura atau Malaysia.

Apabila kenyataan Erma tular, beberapa individu Singapura turut mempersoal kenyataan Erma bahkan menganggap komen itu tidak wajar sebab ia bukan isu kenegaraan.

Singapura dan Malaysia bahkan saling memerlukan dan sewajarnya menyokong, baik dalam sektor hiburan atau perniagaan.

Ada juga yang menambah tatkala artis Malaysia termasuk Erma sendiri melibatkan diri dalam acara pesta dagangan, orang Singapura juga tidak kecohkan isu artis Malaysia mencari rezeki di Singapura.

Malahan, sesetengah penganjur, jelas mereka, memberi reruai percuma atau dengan potongan harga buat selebriti seberang manakala peniaga lain di Singapura perlu menyewa reruai dengan harga yang ditetapkan.

Sewaktu dihubungi BH, Cik Nadya Salyriana yang memuatnaikkan komen tular sebagai seorang peniaga dan pelanggan acara seperti pesta dagangan di Singapura berkata Erma tidak sepatutnya menjadikan isu Aliff Aziz dan Sarah Yasmine ini sebagai isu dua negara.

Beliau jujur menulis komen di Facebook kerana mahu menyuarakan sesuatu yang sudah lama beliau perhatikan dan perlu dibubuh noktah demi kebaikan dua pihak, Singapura dan Malaysia.

Dalam pos di Facebook, beliau menulis:

“Siapa yang beli barang Erma? Bukan ke warga Singapura? Seorang warga Singapura buat hal, dia samakan kita yang lain? Jadi isu dua negara? Dan selebriti kita di sana bagaimana? Yang tak terbabit semua sedikit sebanyak akan dapat tempias sebab dia dah guna isu negara. Mengapa perlu cakap tentang artis kita sahaja yang datang dari sini ke sana rosakkan industri.”

Menurut Cik Nadya, warga Singapura sanggup beratur membeli produk artis Malaysia di pesta dagangan termasuk produk Erma yang sudah beberapa kali dijual di acara seperti CelebFest.


“Erma tak tahu apabila mereka (artis Malaysia) berniaga di sini, peniaga Singapura pun terjejas. Kita ‘cool’ jer. Sebab kita tahu ini perniagaan. Ada risiko. Ada kos tambahan dan kita terima sahaja risiko ini seadanya. Kita tak salahkan orang lain.

“Kita tak buat kenyataan atau adakan sidang media dan jadikannya isu dua negara. Sebab perniagaan tetap perniagaan,” jelasnya yang menekankan anak seni mahupun usahawan Singapura dan Malaysia saling memerlukan dan sepatutnya saling membantu mempertingkat rezeki masing-masing dan ekonomi kededua negara.

Roslan yang menghubungi BH pula menjelaskan niatnya menghubungi Erma adalah bagi menjernihkan hubungan antara Singapura dan Malaysia yang tidak sepatutnya dibabitkan dalam isu kontroversi Aliff Aziz, Ruhainies dan Sarah Yasmine ini.

“Cik Lan dah jalankan tugasan Cik Lan atas permintaan orang Singapura,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >