Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kondo Pine Grove hampir dapat mandat jualan kolektif $1.78b

Feb 20, 2024 | 03:32 PM



Jawatankuasa Penjualan Kolektif (CSC) bagi kondominium Pine Grove semakin hampir mendapatkan mandat sokongan 80 peratus yang diperlukan untuk melancarkan semula jualan kolektif pada harga rizab lebih rendah sebanyak $1.78 bilion.

Setakat ini, lebih 60 peratus daripada pemilik rumah di kondominium yang mempunyai 660 unit itu, telah menandatangani satu perjanjian tambahan untuk menurunkan harga rizab kepada $1.78 bilion, kata ejen pemasaran ERA Realty Network pada 19 Februari.

Bekas estet HUDC di Ulu Pandan itu, yang mempunyai baki 59 tahun daripada pajakan 99 tahun, melancarkan percubaan jualan kolektif keempat sejak 2008, melalui tender awam pada harga $1.95 bilion pada September 2023.

Akhbar The Straits Times (ST) melaporkan pada Januari 2024 bahawa CSC cuba mendapatkan mandat 80 peratus yang diperlukan daripada pemilik rumah untuk melancarkan semula penjualan kolektif Pine Grove pada $1.78 bilion pada 6 Mac, selepas tender ditutup pada November 2023 tanpa menerima sebarang bidaan pada $1.95 bilion.


Sekitar 46 peratus pemilik memberi persetujuan bagi harga rizab $1.78 bilion itu, semasa satu mesyuarat agung luar biasa pada 21 Januari 2024.

“Harga rizab yang disemak menjadi $1.78 bilion mencerminkan pengurangan 8.7 peratus daripada harga sebelumnya sebanyak $1.95 bilion, memberi peluang kepada pemaju dan pelabur yang berminat memperoleh tapak pembangunan besar ini yang menghadap hutan Dover dan berhampiran stesen MRT Dover,” kata ketua eksekutif ERA, Encik Marcus Chu.

Satu surat pada 18 Januari daripada ERA Realty kepada pemilik rumah menyatakan, harga baru itu adalah satu “penilaian adil” oleh Premas, sebuah unit firma khidmat hartanah Cushman & Wakefield.

Penilaian tersebut mengambil kira potensi penuh dalam membangunkan semula tapak seluas 893,218 kaki persegi itu kepada pembangunan 2,050 unit.

Sekiranya CSC berjaya mendapat mandat 80 peratus sebelum 6 Mac, tender tersebut akan dilancarkan semula pada $1.78 bilion. Jika ia tidak mendapat mandat itu, tender akan dilancarkan semula pada $1.95 bilion.

“Walau sekiranya kami tidak mendapat mandat 80 peratus selewat-lewatnya 6 Mac, kami akan terus berusaha mendapatkan mandat itu semasa tender hampir tutup pada 5 Mei,” kata pengarah urusan jualan pelaburan bagi ERA Realty Network, Encik Tay Liam Hiap kepada ST.

Encik Tay memaklumkan, beberapa pemaju pernah melahirkan minat untuk mempertimbangkan penjualan kolektif itu pada harga lebih rendah.

Jika berjaya, pemilik unit 1,163 kaki persegi di kondominium itu boleh meraih hasil kasar $2.19 juta, manakala pemilik rumah 1,690 kaki persegi boleh meraih $2.69 juta, dan pemilik rumah 1,938 kaki persegi boleh menerima $2.9 juta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >