Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

IndoAgri lantik mantan pengerusi EDB, Philip Yeo sebagai pengerusi

May 02, 2024 | 07:17 PM



Syarikat Indofood Agri Resources (IndoAgri) melantik mantan pengerusi Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Spring Singapore, Encik Philip Yeo, sebagai pengerusi dan pengarah bebas utama syarikat itu berkuat kuasa 1 Mei.

Encik Yeo juga merupakan mantan penasihat khas bagi pembangunan ekonomi di Pejabat Perdana Menteri dari 2007 hingga 2011.

Syarikat IndoAgri menceburi perniagaan pertanian yang meluas, termasuk penanaman dan pengilangan kelapa sawit.

Dalam satu pemfailan kawal selia pada 1 Mei, syarikat itu menyatakan bahawa Encik Yeo dilantik selepas mengambil kira pengalaman dan rangkaian meluas beliau di seluruh dunia, serta pengalaman beliau sebagai pengarah pelbagai syarikat yang tersenarai di Bursa Singapura (SGX).

Beliau menggantikan Encik Edward Lee, yang melepaskan jawatannya sebagai pengerusi dan pengarah bebas utama pada 30 April. Beliau telah berkhidmat dengan syarikat itu selama 17 tahun.

Naib pengerusi dan pengarah bebas syarikat itu, Encik Lim Hock San, turut melepaskan jawatan pada 30 April.

Selain peranan beliau sebagai pengarah bebas utama, Encik Yeo juga akan berkhidmat sebagai pengerusi jawatankuasa pencalonan dan jawatankuasa ganjaran syarikat IndoAgri.

Beliau akan terus berkhidmat sebagai anggota lembaga pengarah di tujuh syarikat lain, termasuk City Developments, QAF dan Sunway, lapor The Straits Times (ST).


Sementara itu, syarikat itu turut mengumumkan bahawa ia akan melantik Encik David Sungkoro sebagai pengarah bebas dan pengerusi jawatankuasa audit dan pengurusan risiko (AC), serta anggota jawatankuasa pencalonan IndoAgri.

Ia juga melantik Encik Andreas Tan sebagai pengarah bebas dan anggota AC, jawatankuasa pencalonan dan jawatankuasa ganjaran syarikat itu.

Di samping itu, ia melantik pengarah bukan eksekutif, Encik Axton Salim, sebagai anggota jawatankuasa ganjaran syarikat tersebut.

Pelantikan tersebut dibuat memandangkan pengarah bukan bebas dan bukan eksekutif IndoAgri, Encik Goh Kian Chee, melepaskan jawatan sebagai pengerusi AC dan anggota jawatankuasa ganjaran mulai 1 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >