Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Google bakal buang lebih ramai pekerja, beri tumpuan kepada AI

Jan 19, 2024 | 04:28 PM



SAN FRANCISCO: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Google, Encik Sundar Pichai, memaklumkan kakitangannya bahawa lebih ramai pekerja akan diberhentikan, sedang syarikat pencarian Internet itu memberi tumpuan kepada keutamaan baru, termasuk kecerdasan buatan (AI).


“Langkah menghilangkan kerja ini tidak sampai kepada skala pengurangan pekerja pada tahun lalu, dan tidak akan menjejas setiap pasukan. Tetapi saya tahu amat sukar untuk melihat rakan sekerja dan pasukan terjejas,” kata Encik Pichai dalam e-mel kepada kakitangannya yang dilihat agensi berita AFP pada 18 Januari.


“Banyak daripada perubahan ini telah pun diumumkan, dan sejujurnya, sebilangan pasukan akan terus membuat keputusan peruntukan sumber khusus sepanjang tahun ini di mana perlu, dan beberapa peranan kerja mungkin terjejas,” tambahnya.

Google memberhentikan sekitar 12,000 pekerja pada 2023, kira-kira 6 peratus daripada tenaga pekerjanya, dalam mengharungi inflasi dan kadar faedah meningkat, lapor The Straits Times (ST).


Syarikat itu pada 16 Januari mengesahkan ia membuang “beberapa ratus” jawatan kerja daripada pasukan jualan pengiklanannya di peringkat sedunia, di tengah-tengah usahanya untuk memanfaatkan AI untuk meraih kecekapan dan kreativiti.

Langkah membuang pasukan jualan ’pelanggan besar’ itu bertujuan memberi sokongan lebih baik kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) yang membeli iklan di wadah Google.

Syarikat itu pada 17 Januari turut memberhentikan 100 pekerja di wadah video YouTube, sebuah cabang syarikatnya, menurut TechCrunch.


Menurut New York Times, pekerja YouTube diberi masa dua bulan untuk mencari peranan baru dalam syarikat itu sebelum pemberhentian kerja itu berkuat kuasa.


Sejak awal 2024, syarikat gergasi teknologi Amazon turut mengurangkan jumlah kakitangannya, dan membuang ratusan pekerja daripada unit hiburan Twitch, Prime Video dan Amazon MGM Studio.

Sejak akhir 2022, banyak syarikat teknologi Amerika Syarikat memberhentikan puluhan ribu kakitangan, dengan kadar pembuangan pekerja yang tidak pernah terlihat sebelum ini, selepas menggajikan bilangan pekerja berlebihan semasa pandemik Covid-19.

Pemilik Facebook Meta memberhentikan lebih 20,000 pekerja dalam tempoh itu, yang kini digelar ‘Tahun Kecekapan’.

Syarikat Amazon pula memberhentikan 27,000 pekerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >