Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kadar faedah AS mungkin tidak dinaikkan lagi

May 02, 2024 | 04:06 PM



Lembaga Simpanan Federal (Fed) Amerika Syarikat pada 1 Mei mengekalkan kadar faedah yang stabil selepas mengadakan mesyuarat keenam berturut-turut.

Langkah tersebut mengekalkan kadar faedah Amerika yang telah dinaikkan sehingga paras tertinggi sepanjang 23 tahun lalu, untuk mengekang harga barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat.

Selepas mesyuarat dua hari, bank pusat Amerika itu sebulat suara bersetuju mengekalkan kadar faedah pinjaman penanda aras antara 5.25 dengan 5.50 peratus, dengan alasan masih terdapat “kekurangan kemajuan” untuk mencapai sasaran inflasi sebanyak 2 peratus.

“Prospek ekonomi tidak menentu dan jawatankuasa ini terus memberi perhatian kepada risiko inflasi,” menurut Fed dalam satu kenyataan.

Selama berbulan-bulan, bank pusat Amerika itu telah mengekalkan kadar faedah pinjaman penanda aras pada paras tinggi untuk mengurangkan permintaan pengguna, selain mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Inflasi lebih perlahan pada 2023 di Amerika telah membuat banyak pihak yakin bahawa kadar faedah akan dikurangkan tidak lama lagi.

Bagaimanapun, kadar inflasi kini meningkat lebih cepat, menghilangkan keyakinan bahawa kadar faedah akan dikurangkan lebih awal, lapor The Straits Times (ST) yang memetik laporan AFP.


Fed berkata ia tidak akan menurunkan kadar faedah sehingga ia “lebih yakin” bahawa kadar inflasi kian mencapai sasaran Fed.

Pengerusi Fed, Encik Jerome Powell, berkata:

“Mungkin ia akan mengambil masa lebih lama daripada yang dijangka untuk mendapat keyakinan tersebut.”

Walaupun bank pusat Amerika itu bersedia mengekalkan kadar faedah pada paras tinggi selama ia sesuai dilaksana, Encik Powell menambah bahawa besar kemungkinan kadar faedah Amerika tidak akan dinaikkan dalam semakan seterusnya.

Kenyataan Fed itu tidak mengubah tanggapan banyak pihak bahawa potongan kadar faedah yang pertama dijangka dibuat pada September, kata pakar ekonomi di Oxford Economics, Encik Ryan Sweet.

Langkah tersebut bergantung kepada sama ada inflasi menjadi lebih perlahan, tambahnya.

Ketua pakar ekonomi Pantheon Macroeconomics, Encik Ian Shepherdson, berkata penggubal dasar telah memberi kata-kata yang menenangkan, dengan mengatakan bahawa risiko untuk mencapai matlamat pekerjaan dan inflasi Fed kini “lebih seimbang”.

Penganalisis percaya ini bermakna masih terdapat kemungkinan kadar faedah boleh dikurangkan pada 2024.

Sebelum ini, Fed menjangka mengurangkan kadar faedah sebanyak tiga kali pada 2024, namun langkah tersebut kini kurang pasti, ekoran inflasi yang masih terus tinggi.

Bagaimanapun, Encik Shepherdson berkata “kami tidak melihat apa-apa dalam kenyataan ini yang akan menghalang Fed daripada beralih arah untuk mengurangkan kadar faedah beberapa kali tahun ini” jika keadaannya sesuai.

Encik Powell juga berkata Fed bersedia bertindak terhadap “kelemahan tidak dijangka” dalam pasaran pekerja di Amerika.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >