Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tawar dua kerakyatan untuk tarik pekerja mahir

Hampir 4,000 warga Indonesia menjadi warga Singapura antara 2019 hingga 2022, menurut data dari Direktorat Jenderal Imigresen.
May 02, 2024 | 01:50 PM



JAKARTA: Indonesia mungkin menawarkan dua kewarganegaraan untuk rakyatnya, bagi menarik minat para pekerja mahir ke negara itu, kata seorang menteri kanan pada 30 April.


Berdasarkan peraturan sedia ada, Indonesia tidak mengiktiraf dua kewarganegaraan untuk orang dewasa, kerana kanak-kanak yang mempunyai dua pasport mesti memilih satu dan meninggalkan yang lain apabila mereka mencapai usia 18 tahun.

Menteri Penyelaras Ehwal Maritim dan Pelaburan, Encik Luhut Pandjaitan, berkata pemerintah merancang memberi dua kewarganegaraan kepada bekas warganegara Indonesia yang tinggal di luar negara.

Tanpa memberi butiran lanjut, Encik Luhut berkata demikian di hadapan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Microsoft, Encik Satya Nadella, yang menjanjikan pelaburan AS$1.7 bilion ($2.31 bilion) di Indonesia.

“Kami juga mengundang diaspora Indonesia dan kami juga memberi mereka, tidak lama lagi, dua warganegara,” katanya lapor The Jakarta Post.


“Yang saya fikir akan membawa orang Indonesia yang sangat mahir, kembali ke Indonesia,” ujarnya.

Menurut data dari Direktorat Jenderal Imigresen, hampir 4,000 warga Indonesia menjadi warga Singapura antara 2019 dengan 2022.

Agensi imigresen tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai rancangan untuk membenarkan dua kewarganegaraan itu.

Isu dua kewarganegaraan menimbulkan beberapa kontroversi pada 2016 apabila Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, memecat Dr Arcandra Tahar sebagai Menteri Tenaga dan Perlombongan, selepas kurang sebulan bertugas berikutan laporan beliau memegang pasport Amerika Syarikat dan Indonesia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >