Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Doktor bedah AS tidak terkata lihat skala kecederaan di Gaza

May 02, 2024 | 01:58 PM



KAHIRAH: Seorang pakar bedah vaskular Amerika Syarikat yang meninggalkan Gaza selepas berkhidmat sebagai sukarelawan berkata bahawa tugasnya begitu mencabar menangani skala kecederaan yang dialami pesakit.


Berpuluh-puluh pesakit sehari, kebanyakan mereka masih muda dan mengalami kecederaan rumit disebabkan oleh serpihan peluru.

Mereka berakhir dengan lengan atau kaki mereka tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.

“Pembedahan vaskular biasanya melibatkan pesakit yang lebih tua dan saya tidak pernah membedah sesiapa yang berumur kurang dari 16 tahun, dan itu adalah majoriti pesakit yang kami tangani di Gaza,” kata Dr Shariq Sayeed, dari Atlanta, Amerika, ketika ditemui di Kahirah pada 1 Mei.

Sepanjang berkhidmat di Hospital Eropah di Gaza, Dr Sayeed, berkata pasukannya menangani antara 40 dengan 60 pesakit sehari. Sebahagian besar adalah kes amputasi.

“Dan malangnya terdapat kes jangkitan yang sangat tinggi, jadi apabila amputasi tidak sembuh, mereka terpaksa jalani amputasi lagi,” ujar beliau.

Sekitar 70 peratus daripada pembedahan yang dilakukannya melibatkan kecederaan yang disebabkan oleh serpihan letupan dan bangunan runtuh.

Pakar bius dari New York, yang mengetuai misi Gaza, Dr Ismail Mehr, berkata para sukarelawan perubatan, “tidak terkata apa yang kami lihat”, ketika tiba di selatan Gaza.

Dr Mehr ialah pengerusi Imana Medical Relief, program yang memberi tumpuan kepada bantuan perubatan dan sokongan penjagaan kesihatan kepada lebih 2.5 juta pesakit di 34 buah negara.

Beliau pernah beberapa kali ke Gaza pada masa lalu, tetapi tidak dapat membayangkan teruknya kemusnahan di Khan Younis, “tidak ada satu bangunan pun yang berdiri”.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), daripada 36 hospital yang pernah melayani lebih 2 juta penduduk Gaza, hanya 10 yang masih berfungsi pada awal April.

Menurut Dr Mehr, Gaza dibelenggu masalah kekurangan kemudahan kesihatan, bekalan perubatan, peralatan, kakitangan, dan bekalan kuasa.

“Ketakutan terbesar sekarang ialah serangan Israel yang dijangkakan ke atas bandar selatan Rafah yang menjadi tempat perlindungan separuh daripada 2.3 juta penduduk Gaza,” tambahnya. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >