Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Ubah wang haram: Lelaki kelima dijel 15 bulan

Apr 30, 2024 | 05:27 PM



Zhang Ruijin, tertuduh dalam kes pengubahan wang haram $3 bilion yang meminta mahkamah menahan reman kekasihnya selepas mereka ditangkap, telah dijatuhi hukuman penjara 15 bulan.

Ini merupakan hukuman penjara tertinggi yang dikenakan dalam kes berkenaan setakat ini.

Warga China berusia 45 tahun itu, yang juga memegang pasport Saint Kitts dan Nevis, ialah orang kelima yang mengaku bersalah dalam kes itu.

Zhang telah bersetuju melepaskan sekitar $118 juta atau sekitar 90 peratus daripada asetnya kepada negara, kata peguamnya, Encik Eugene Thuraisingam.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Ryan Lim berkata aset, wang tunai, kenderaan dan mata wang kripto bernilai $131 juta milik Zhang telah dirampas oleh pihak berkuasa.

Pada 30 April, Zhang, yang melakukan pencucian wang berjumlah $36 juta, mengaku melakukan satu pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan pemalsuan.

Menurut laporan The Straits Times, lima pertuduhan lain diambil dalam pertimbangan.


Zhang telah ditahan reman lebih lapan bulan sejak dia dan kekasihnya, Lin Baoying, ditangkap pada 15 Ogos 2023 di sebuah banglo di Pearl Island di Sentosa Cove.

Pada 30 April, DPP Lim berkata antara Julai dengan Oktober 2020, wang deposit lebih HK$138 juta ($24 juta) telah dimasukkan ke akaun bank CIMB Zhang di Singapura.

Pendakwa raya berkata menurut Zhang, deposit itu adalah untuk dia membeli hartanah di Singapura.

Pada masa itu, Zhang berada di Singapura dengan pas pekerjaan dan tidak mempunyai sumber pendapatan yang boleh disahkan.

Bank itu meminta dia menjelaskan sumber deposit dan menyediakan dokumentasi.

Zhang memberitahu bank dia telah menjual hartanah di Macau dan Beijing. Dia menggunakan dokumen palsu untuk menipu CIMB dan untuk mewajarkan deposit.

Mengenai pertuduhan pengubahan wang haram, DPP berkata Zhang tidak dapat menjelaskan bagaimana wang berjumlah HK$7.5 juta berada dalam akaun Bank CIMB-nya.

Semasa siasatan polis, dia mendakwa memperolehnya secara sah daripada syarikat di China tetapi tidak dapat membuktikannya.

Meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 hingga 16 bulan, DPP Lim berkata pencegahan adalah pertimbangan utama hukuman untuk mengekalkan reputasi Singapura sebagai hab kewangan.

Mengenai pertuduhan pemalsuan terhadap Zhang, pendakwa raya berkata kesalahan sedemikian tidak boleh dibenarkan kerana ia akan menyebabkan hilang keyakinan terhadap sistem perbankan Singapura.

Dalam mitigasinya, Encik Thuraisingam berkata bahawa Zhang, yang menghidap diabetes dan kemurungan, berasa kesal dan telah memberi kerjasama dengan pihak berkuasa semasa siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >