Pandemik Covid-19 telah merubah pelbagai aspek kehidupan kita dan antara perubahan yang amat ketara ialah perspektif kita terhadap pekerjaan, terutamanya pilihan untuk bekerja di tempat lain, selain tempat kerja yang ditetapkan atau secara umumnya dipanggil bekerja dari rumah.
Bahkan, selama sekitar tiga tahun kita memerangi pandemik sambil cuba meneruskan kehidupan, termasuk pekerjaan seperti biasa dan telah menjadikan bekerja dari rumah bukan lagi sekadar pilihan, tetapi tuntutan.