Pada Mac, pemain badminton, Nur Insyirah Khan, sepatutnya ke Eropah untuk bersaing dalam beberapa kejohanan di sana.
Namun, disebabkan kekurangan dana, beliau terpaksa membatalkan rancangan itu. Insyirah, 23 tahun, sebaliknya beraksi dalam kejohanan serantau seperti di Vietnam, China dan Thailand.