Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Prestasi buruk Man U berterusan setelah dibelasah Crystal Palace

May 07, 2024 | 05:24 PM



LONDON: Apabila anda menyangka situasi di Manchester United tidak akan menjadi lebih buruk, itulah yang berlaku.


Crystal Palace membelasah Manchester United 4-0 pada 7 Mei, menyebabkan pasukan Erik ten Hag menghadapi risiko tinggi terlepas tempat di Eropah pada musim hadapan.

Kekalahan itu menempatkan Manchester United ke tangga kelapan Liga Perdana England (EPL) dan di luar tempat kelayakan Eropah – walaupun kemenangan ke atas Man City dalam perlawanan akhir Piala FA dapat melayakkannya ke Liga Europa.

Biasanya, kemenangan Piala FA ataupun tujuh pasukan teratas EPL layak ke pertandingan Eropah.

Meskipun 10 pemain pasukan utama mengalami kecederaan, Ten Hag dengan tegas berkata: “Ia adalah jelas dan nyata. Ini prestasi rendah.”

“Kami tidak bertindak seperti yang kami mahukan dan tidak mencukupi,” tambah beliau.

Man Utd hanya mampu meraih 10 mata dalam 11 perlawanan EPL dan dibolosi gol lewat semasa menghadapi Fulham, Brentford, Chelsea, Liverpool and Burnley.

“Kami tidak sepatutnya tujukan perhatian kepada satu pemain sahaja [Casemiro]. Kami mesti perhatikan prestasi sepasukan. Ini tidak betul. Kami perlu memperbetulkan diri pada Ahad nanti. Kami perlu belajar daripad perlawanan ini dan bertambah baik,” kata Ten Hag.

Krisis kecederaan di Man Utd memaksa Casemiro menjadi bek tengah sementara, tetapi ia menjadi malam yang beliau mahu lupakan dengan segera.

Bekas pemain tengah Real Madrid itu diperlekehkan dua pemain handal Crystal Palace – Eberechi Eze dan Michael Olise.

Larian Olise yang tidak dipintas sebarang pemain Man Utd menyebabkan rembatan ke dalam gol Andre Onana – gol pendahuluan Palace pada minit ke-13.

Pemain muda asal Perancis itu menjaringkan gol kedua peribadinya melalui kesilapan Casemiro diikuti dengan rembatan yang deras melepasi Onana.

Dua lagi gol Palace hasil larian Jean-Phillipe Mateta melepasi Johnny Evans, menjadikan gol keenam Mateta berturut-turut di Selhurst Park; dan jaringan Tyrick Mitchell dari jarak dekat melalui hantaran dari Adam Wharton di sayap kanan.

Man U ada juga peluang mengancam gol Crystal Palace, tetapi dua gol Casemiro tidak disahkan kerana bertembung dengan Dean Henderson dan berada di posisi offside.


Ini merupakan pasangan bek tengah yang berlainan ke-14 United, dengan gabungan Casemiro dan Evans memberikan mereka persembahan paling buruk musim ini.

Masa depan pengurus dari Belanda itu juga semakin pudar untuk terus kekal di Old Trafford yang kini dalam penstrukturan semula oleh pemilik baharu, Jim Ratcliffe.

United belum pernah menamatkan liga di luar kelompok tujuh teratas sepanjang era Liga Perdana England.

Di bawah Ten Hag, United tewas 4-0 di Brentford, 7-0 kepada Liverpool dan 6-3 di laman Manchester City.

Musim ini, mereka dibolosi 81 kali dalam semua pertandingan, rekod paling buruk kelab sejak musim 1976-77.

Masa Ten Hag sebagai pengurus Man Utd akan diuji sekali lagi apabila mereka menghadapi Arsenal pada perlawanan Liga Perdana pada Ahad, 12 Mei di Old Trafford. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >