Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

KEJUARAAN BOLA SEPAK DIVISYEN 'C' SUKAN SEKOLAH NASIONAL

Sekolah Sukan Singapura juarai Divisyen 'C', atasi Sekolah Menengah Queensway 2-1

Aug 04, 2018 | 05:30 AM



MEREKA merupakan pasukan pilihan untuk melangkah ke perlawanan akhir pertandingan Sukan Sekolah Nasional (NSG) divisyen 'C'.



Bagaimanapun, pemain dari Sekolah Sukan Singapura (SSP) terpaksa mengharungi cabaran berat dari Sekolah Menengah Queensway sebelum merangkul takhta dengan kemenagan 2-1 di stadium Our Tampines Hub (OTH) kelmarin, lapor akhbar The Straits Times.



Pemain pertahanan SSP, Adam Reefdy membuka tirai jaringan dan meletakkan pasukannya di hadapan pada minit ke-30 menerusi satu percubaan jarak jauh.



Namun, lapan minit kemudian, pemain berusia 14 tahun itu hampir meranapkan impian rakan sepasukannya apabila mengasari pemain Queensway, Farid Jafiri di dalam kotak penalti.



Akhirnya, Amir Syafiz Abdul Rashid menjadi wira SSP apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-45.



Mengulas tentang persembahannya serta pasukannya selepas perlawanan itu, Adam berkata;



"Saya tidak sangka akan menjaringkan gol, tetapi saya diberi peluang untuk merembat bola dan lalu mengambilnya.



"Saya amat berbangga dengan pasukan saya, tetapi yang lebih penting, pasukan lawan memberikan kami cabaran besar dan anda dapat menyaksikan semangat mereka hingga ke wisel penamat."



Dengan tujuh daripada 11 pemain utamanya terdiri daripada pelajar menengah satu yang membuat penampilan sulung mereka, jurulatih SSP, Shahrin Shahri harus cuba menenangkan pemainnya sebelum perlawanan itu.



Sebelum perlawanan tersebut, beliau terpaksa melihat anak didiknya itu mengharungi babak penalti 'shoot-out' yang menggerunkan selepas seri 2-2 ketika menentang Sekolah Saint Patrick dalam pusingan separuh akhir Selesa lalu.



"Ramai di antara mereka belum pernah beraksi dalam peringkat ini, jadi saya telah menasihatkan mereka agar terus berikan fokus terhadap persembahan yang sering mereka berikan.



"Saya gembira kami menang dan juga dengan cara kami memenanginya. Kami cuba untuk bermain dengan positif dan mengekalkan posisi dan saya dapat melihat usaha pemain saya.



"Namun saya juga ingin memuji Queensway kerana mereka telah memberikan kami satu cabaran yang hebat," ujar Shahrin.



Kemenangan pasukan divisyen 'C' telah menyaksikan SSP melakukan 'double' dalam pertandingan ini dengan pasukan divisyen 'B' mereka juga telah mengharumkan nama sekolah selepas menjuarai pertandingan itu April lalu. Pasukan tersebut telah menewaskan Sekolah Menengah Meridien 2-0.



Dalam perlawanan yang menentukan tempat ketiga dan keempat divisyen 'C', Sekolah Menengah Serangoon Gardens menewaskan Sekolah Saint Patrick 3-2.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >