Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

David Moyes akan tinggalkan West Ham akhir musim

May 07, 2024 | 05:01 PM



LONDON: Pengurus West Ham United David Moyes akan meninggalkan kelab itu pada akhir musim.


Pengunduran itu diumumkan sehari selepas The Hammers mengalami kekalahan memalukan 5-0 kepada pesaing London, Chelsea.

Perkembangan itu mengundang beberapa reaksi.

Bekas penyerang Liga Perdana England, Chris Sutton, berkata pemilik West Ham telah menyusahkan Moyes dan sepatutnya lebih menunjukkan ‘rasa hormat”.

Bekas bos Wolves, Julen Lopetegui, dikatakan akan menjadi pengganti.

Sutton berkata pemilik West Ham dipengaruhi sebahagian daripada kumpulan peminat yang berasa berhak dan mahukan “bola sepak fantasi”.

“Setiap peminat bola sepak mahukan gaya permainan seperti Pep [Guardiola],” kata Sutton di Radio BBC 5 Live’s Monday Night Club.


“Ini tidak realistik,” tambahnya.

Pada Februari, Moyes berkata beliau pernah ditawarkan tawaran baru untuk kekal sebagai bos West Ham tetapi akan menunggu sehingga akhir musim untuk membuat keputusan mengenai masa depannya.

Pada April, pengurus Sporting Lisbon, Ruben Amorim, memohon maaf kerana mengadakan perbincangan dengan West Ham, mengatakan ia adalah “kesilapan”, dan Sutton percaya spekulasi berterusan mengenai masa depan Moyes telah menjejas keputusan pasukan itu.

The Hammers hanya menang satu daripada sembilan perlawanan Liga Perdana mereka yang lalu.

“Saya rasa secara tidak langsung pemain bermain dengan tidak bermaya,” kata Sutton. “Ia tidak membantu dengan David Moyes diperlakukan dengan buruk oleh pemiliknya dan saya fikir ia mempunyai kesan ke atas pemain.

“Saya rasa mereka mungkin telah melakukan kesilapan buruk.

“Sesetengah peminat West Ham inginkan yang terbaik pada musim depan, berharap mereka akan terus maju, bermain permainan yang lebih menyerang. Tetapi saya akan berasa terkejut jika ini berlaku dan lebih baik daripada cara permainan kendalian David Moyes.”

Perlawanan terakhir Moyes di tempat sendiri ialah menentang Luton.

Pemain sayap Hatters, Andros Townsend, percaya bahawa pengumuman daripada pemilik West Ham mengenai pemergian Moyes sebelum akhir musim ini adalah pemilihan yang tepat.


“Terdapat khabar angin bahawa Moyes akan digantikan sebaik sahaja West Ham mengalami prestasi buruk,” kata Townsend kepada siaran radio BBC.

“Saya rasa mereka [pemilik] telah melakukan perkara yang betul. Mereka telah menunggu sehingga musim berakhir.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >