Sumbangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kepada Singapura amat meluas dan meninggalkan kesan pada pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial dan masyarakat.
Oleh itu, warga Singapura, Encik Johari Iman, 55 tahun, berharap Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, yang akan mengambil alih daripadanya pada 15 Mei dapat meneruskan usaha baik beliau dan membawa negara ini ke tahap yang lebih tinggi.