Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Polis, bank sekat 3,000 penipuan, elak rugi lebih $100j

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis, bank sekat 3,000 penipuan, elak rugi lebih $100j

May 07, 2024 | 06:54 PM



Polis dan bank telah berjaya menyekat lebih 3,000 kes penipuan yang sedang berlaku, mengelak kerugian lebih $100 juta dalam satu operasi selama dua bulan, menurut polis dalam satu kenyataan pada 7 Mei.

Pusat Anti-Penipuan (ASC) polis bekerjasama dengan enam bank, iaitu, DBS, UOB, OCBC, HSBC, GXS dan Standard Chartered, untuk menggunakan teknologi Automasi Proses Robotik (RPA) bagi mengenal pasti mangsa penipuan, termasuk penipuan pekerjaan, e-dagang dan pelaburan.

RPA membolehkan polis berkongsi dan memproses maklumat secara automatik, selain menyebarkan amaran atau nota pemberitahuan mengenai kes penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) secara pukal.

Dari 1 Mac hingga 30 April, polis dan bank menghantar lebih 16,700 nota pemberitahuan melalui SMS kepada lebih 12,500 pelanggan bank untuk mengingatkan mereka daripada menjadi mangsa penipuan.

Menerusi usaha tersebut, ia berjaya menghalang lebih 3,000 penipuan dan mengelak kerugian lebih $100 juta, lapor The Straits Times (ST).


Mangsa dimaklumkan mengenai penipuan yang sedang berlaku dan dinasihatkan melalui SMS supaya menghentikan daripada membuat urus niaga atau pemindahan wang seterusnya, kata polis.

Kebanyakan mangsa menyedari mereka ditipu hanya selepas menerima mesej tersebut, dan akan membuat laporan polis.

Polis menggalak orang ramai melindungi diri mereka daripada penipuan dengan menambah ciri keselamatan seperti aplikasi ScamShield pada telefon bimbit, dan pengesahan dua faktor untuk akaun peribadi, contohnya, akaun bank, media sosial dan Singpass.

Pemilik akaun bank harus menetapkan had urus niaga untuk perbankan internet, termasuk PayNow, yang boleh mengehadkan jumlah wang yang mungkin hilang, sekiranya berlaku penipuan.

Untuk mengetahui petanda penipuan, orang ramai digalak bertanya soalan, meneliti kesahihan permintaan bagi maklumat peribadi dan pemindahan wang, serta mengesahkan kesahihan penyenaraian dan ulasan produk dalam talian.

Jika sesuatu tawaran terlalu menarik dan sukar dipercayai, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan, menurut polis.

Mereka yang mengalami penipuan boleh melaporkannya kepada bank, ScamShield, atau polis.

Untuk maklumat lanjut mengenai penipuan, anda boleh kunjungi laman www.scamalert.sg atau hubungi talian anti-penipuan di 1800-722-6688.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai penipuan boleh menghubungi polis di 1800-255-0000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >