Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pertubuhan Melayu/Islam lawat BH

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pertubuhan Melayu/Islam lawat BH

May 07, 2024 | 07:07 PM



Beberapa pertubuhan Melayu/Islam (MMO) melawat pejabat Berita Harian (BH) sebagai sebahagian usaha meneroka peluang kerjasama dan menjalin rangkaian dengan pihak media pada 7 Mei.

Semasa lawatan itu, Editor Audiens dan Perkembangan BH, Cik Norhaiza Hashim, turut memberi taklimat dan perkongsian mengenai transformasi akhbar ini.

MMO yang hadir termasuk Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Jamiyah Singapura, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PPIS, Cik Tuminah Sapawi, lawatan dan perkongsian tersebut amat berguna kerana beliau “mempelajari perubahan yang BH lakukan” termasuk menuju ke “arah digital”, dan ini membantu dalam memahami cara “mendekati para belia dan golongan muda”.

“Kami yakin bahawa dengan perkongsian ini, kerjasama antara kami (PPIS) dengan BH akan semakin bertambah kerana kami percaya bahawa ini akan memanfaatkan kededua belah pihak,” tambah beliau.

Cik Norhaiza juga berkongsi bahawa BH telah melakukan banyak perubahan dalam hal produk sepanjang setahun lalu.

“Yang ingin kami tekankan adalah produk-produk digital kami, seperti video di media sosial, yang dapat menjadi platform baru bagi pengiklan.

“BH menawarkan beragam produk, tidak hanya artikel cetak, tetapi juga iklan di podcast atau video yang boleh ditaja oleh pengiklan,” jelas beliau.

Menurut Cik Norhaiza, lawatan dan rangkaian tersebut menjadi wadah penting untuk mereka “mengetahui perubahan yang berlaku di BH agar mereka dapat memanfaatkan pelbagai wadah baru tersebut”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >