Setiap kali Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berucap dalam bahasa Melayu dengan fasih, ia tidak pernah gagal untuk membuat Encik Hadhri Shah Hasrin, 29 tahun, rasa kagum.
Bahkan, ia menjadi perangsang bagi pelajar Politeknik Temasek (TP) itu untuk mempertingkat keupayaannya sendiri untuk bertutur dalam bahasa Melayu.