Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

DPM Wong bersarapan, temui Sultan Ibrahim di Fullerton Hotel

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong bersarapan, temui Sultan Ibrahim di Fullerton Hotel

May 07, 2024 | 06:10 PM



Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, di The Fullerton Hotel Singapura pada 7 Mei. 

Kedua-dua pemimpin itu juga makan bersama di sana dalam satu majlis sarapan yang dihos Encik Wong.

Pertemuan itu adalah sebahagian daripada lawatan negara dua hari Sultan Ibrahim ke Singapura dari 6 Mei hingga 7 Mei. 

Dalam satu catatan Facebook pada 7 Mei, Encik Wong meluahkan rasa sukacita beliau berpeluang bertemu Sultan Ibrahim.

“Malaysia ialah jiran terdekat dan rakan kongsi penting Singapura. Hubungan kami terjalin erat, disokong oleh sejarah yang dikongsi, dan diperkukuh oleh hubungan keluarga dan budaya,” kata beliau.

Beliau menyatakan matlamatnya untuk terus memberi perhatian yang mendalam untuk memajukan hubungan Singapura dan Malaysia, dan berharap untuk meningkatkan hubungan dua hala itu ke tahap yang lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >