SETIAP anggota masyarakat perlu faham bahawa mengatasi Covid-19 adalah sebahagian daripada usaha mempertahankan negara atau pertahanan mutlak untuk negara.
"Walaupun ia bukan seperti 'perkhidmatan negara' tetapi memastikan diri berada di rumah jika mengalami gejala sambil mempraktikkan unsur-unsur kebersihan dan juga tanggungjawab sebagai penduduk Singapura boleh dianggap satu khidmat pada negara.