Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Penunggang motosikal maut dek langgar kerbau di Kuantan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Penunggang motosikal maut dek langgar kerbau di Kuantan

May 07, 2024 | 06:39 PM



KUANTAN: Seorang cef di hotel tempatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor kerbau di Jalan Sungai Panching Timur pada 7 Mei.


Muhammad Firdaus Mohamad, 28 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Facebook Polis Trafik Kuantan, ia dimaklumkan tentang kemalangan itu sekitar 6.15 pagi melibatkan motosikal dan seekor kerbau.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa – yang menunggang motosikal jenis Yamaha YZR-R15 – dalam perjalanan dari arah Felda Panching Timur menghala ke arah bandar Kuantan.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengelak haiwan berkenaan yang berada di atas jalan lalu melanggarnya, tambah ACP Wan Mohd Zahari

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, ujar beliau. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >