Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Mahkamah Rayuan M’sia: Tuduhan salah guna kuasa terhadap Muhyiddin jelas, tidak samar-samar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Mahkamah Rayuan M’sia: Tuduhan salah guna kuasa terhadap Muhyiddin jelas, tidak samar-samar

May 07, 2024 | 01:31 PM



PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Putrajaya memutuskan empat pertuduhan salah guna kuasa berhubung projek Jana Wibawa yang dikenakan terhadap mantan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, adalah jelas dan tidak samar-samar.


Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail berkata tuduhan telah menyenaraikan segala butir yang diperlukan untuk membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

“Pada pendapat kami, butir-butir yang terkandung di dalam setiap satu daripada empat tuduhan tersebut adalah mencukupi untuk memberi notis kepada (Tan Sri) Muhyiddin mengenai perkara yang dia didakwa,” katanya dalam alasan keputusannya sebanyak 32 muka surat bertarikh 16 April 2024, yang disiarkan di laman web Badan Kehakiman Malaysia, lapor Sinar Harian.


Beliau berkata Tan Sri Muhyiddin tidak tertipu dengan apa cara sekalipun hanya kerana kekurangan butiran.

Datuk Hadhariah berkata oleh itu tidak ada keperluan bagi pihak pendakwaan untuk memberikan butiran lanjut tentang bagaimana kesalahan itu dilakukan.

Pada 28 Februari lalu, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Hadhariah membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mengembalikan semula tuduhan terhadap Tan Sri Muhyiddin yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

Dua lagi hakim ialah Datuk Azmi Ariffin dan Datuk SM Komathy Suppiah.

Dalam alasan keputusannya, Datuk Hadhariah berkata hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila beliau berpegang bahawa tuduhan itu sebagai tidak jelas dan Tan Sri Muhyiddin telah diperdayakan.

Beliau berkata kesemua empat unsur untuk kesalahan mengikut Seksyen 23 (1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia dinyatakan dalam tuduhan terbabit.

Menurut Datuk Hadhariah, Tan Sri Muhyiddin didakwa atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), justeru ia memenuhi unsur pertama kesalahan bahawa beliau adalah ‘pegawai awam’.

Beliau berkata unsur kedua kesalahan itu telah dinyatakan kerana tuduhan juga mendakwa bahawa Tan Sri Muhyiddin telah menggunakan kedudukannya.

Bagi unsur ketiga dan keempat kesalahan itu, beliau berkata, tuduhan yang dikenakan terhadap Tan Sri Muhyiddin telah menyatakan perkataan suapan dan suapan itu adalah untuk sekutunya iaitu Bersatu.

Tan Sri Muhyiddin, 76 tahun, sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM232.5 juta ($66.3 juta) daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity, Nepturis dan Mamfor serta Datuk Azman Yusoff untuk pihak berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >