Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kes rogol bawah umur di M’sia meningkat kerana pornografi: Polis

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kes rogol bawah umur di M’sia meningkat kerana pornografi: Polis

Kebanyakan libatkan keluarga, isi rumah berpendapatan rendah
May 06, 2024 | 04:41 PM



KUALA LUMPUR: Peningkatan akses kepada bahan pornografi di media sosial dikesan menjadi antara punca yang menyumbang kepada lonjakan kes rogol melibatkan kanak-kanak bawah umur di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata peningkatan kes itu amat membimbangkan dan dikhuatiri menyumbang kepada gejala sosial yang lebih parah.

Mengambil contoh kes rogol membabitkan kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia sembilan dan 10 tahun di Kelantan pada 2023, polis tidak dapat memfailkan kes berikutan kejadian melibatkan kanak-kanak bawah umur yang terkecuali daripada tuduhan jenayah.

“Suspek berusia sembilan dan 10 tahun dan kejadian itu adalah atas kerelaan. Tetapi ia sebenarnya kes rogol bawah umur (statutory rape),” katanya di Forum Persidangan Kawal Selia Antarabangsa 2024 di Kuala Lumpur pada 6 Mei, lapor Free Malaysia Today.


Datuk Mohd Shuhaily berkata siasatan mendapati kejadian itu berlaku apabila kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun itu bersetuju menawarkan seks sebagai pampasan kepada rakan lelaki sebayanya untuk menggantikan pemadam yang dipatahkannya.

“Kanak-kanak perempuan itu sendiri bersetuju (dirogol berkumpulan) bersama dua rakannya berusia sembilan dan 10 tahun kerana tidak mempunyai wang untuk menggantikan pemadam.

“Jadi memandangkan semua yang terlibat berusia bawah 10 tahun, tiada kes difailkan, kerana tiada liabiliti jenayah. Timbalan pendakwa raya telah dirujuk, tetapi tiada bukti dikemukakan.

“Namun, kami telah pun membuka kertas siasatan kerana bimbang ini merupakan sebahagian daripada trend generasi baru,” katanya.

Sambil menambah bahawa kes yang dilaporkan mungkin kes terpencil, Datuk Mohd Shuhaily berkata kebanyakannya melibatkan keluarga dan isi rumah berpendapatan rendah.

Beliau berkata kurang pengawasan daripada ibu bapa dan akses mudah kepada pornografi dalam talian hingga gadis muda tahu bagaimana melakukan hubungan seks adalah antara puncanya.

Sementara itu di Port Dickson, Negeri Sembilan, polis menangkap sepasang suami isteri berusia awal 40-an tahun selepas anak mereka yang berusia 20 tahun mendakwa menjadi mangsa rogol bapanya sejak lapan tahun lalu hingga melahirkan dua anak.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, berkata polis menerima laporan daripada mangsa itu pada 1 Mei dan tangkapan dilakukan pada 3 Mei.

“Mangsa membuat aduan mendakwa menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak dia berusia 12 tahun.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sejak 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson,” katanya.

Superintenden Aidi Sham berkata mangsa pernah menceritakan kejadian berkenaan kepada ibunya, namun tidak diendahkan walaupun mangsa sudah melahirkan dua anak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >