Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kaji cara elak pusat bandar JB terlalu sesak apabila RTS Link siap

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kaji cara elak pusat bandar JB terlalu sesak apabila RTS Link siap

May 07, 2024 | 12:03 PM



JOHOR BAHRU: Johor sedang melawan masa untuk menyediakan cara yang boleh dilaksanakan bagi menangani jumlah trafik lebih besar yang dijangka berlaku di Johor Bahru apabila Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura mula beroperasi dalam tempoh tiga tahun, kata ahli Exco kerajaan negeri, Encik Lee Ting Han.


Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor itu berkata sistem pengangkutan Aliran Transit Automasi (ART) bakal dinaikkan sebagai salah satu langkah sedemikian.

“Pemerintah negeri akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan mengenai pembinaan ART ini.

“Ia akan dibincangkan dan diluluskan di peringkat negeri semasa mesyuarat mingguan Exco Johor sebelum ia dikemukakan kepada Kementerian Pengangkutan dan Ekonomi,” katanya kepada The Star pada 6 Mei.


Beliau berkata sebelum ini Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, telah mengumumkan bahawa projek itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Ibrahim, selain Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail.

Encik Lee menambah bahawa penyuraian lalu lintas adalah isu yang mendesak, terutamanya dengan projek mega RTS Link yang sedang berjalan, yang akan menghubungkan Johor dengan Singapura dengan kereta api dijangka mula beroperasi pada 1 Januari 2027.

“RTS Link berupaya membawa 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah, jadi kami menjangka jumlah penumpang yang tinggi antara Johor dengan Singapura setiap hari.

“Jika setiap daripada mereka mengambil kenderaan sendiri, ia akan menjadi sesak teruk di pusat bandar Johor Bahru.

“Kita mesti cari jalan untuk menyuraikan orang ramai dan trafik, dan ART adalah cara yang baik untuk berbuat demikian,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >